PM Lee Yakin Dengan Kebolehan Halimah Yacob

Hal Ehwal Teh-Kini

Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah menerima surat peletakan jawatan Halimah Yacob daripada PAP, pada Isnin (7 Ogos). Puan Halimah telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden (PE) yang dikhaskan untuk calon Melayu.

Dalam surat Perdana Menteri Lee Hsien Loong kepada Puan Halimah, beliau akan mencari penggantinya dan akan menghantar seorang penasihat akar umbi baru kepada GRC Marsiling, di mana Puan Halimah Yacob dahulu memegang jawatan sebagai Anggota Parlimen (AP).

PM Lee tidak meragukan kebolehan Puan Halimah Yacob jika dipilih sebagai Presiden.

“Saya yakin, jika dipilih anda akan lakukan yang terbaik, seperti apa yang anda selalu lakukan, dan anda akan membawa martabat, pendirian yang ramah, pengalaman bersama pemerintah dan sifat prihatin kepada orang ramai, ke jawatan yang tertinggi bagi negara ini,” katanya.

PM Lee berterima kasih kepada Puan Halimah Yacob atas sumbangannya sebagai pemimpin buruh, Speaker Parlimen dan Menteri dalam Negeri. PM Lee mengaku bagi semua jawatan yang dipegang oleh Puan Halimah, beliau sentiasa memberi perhatian kepada rakyat biasa dan mereka yang lebih memerlukan.

“Setelah bekerja bertahun bersama anda, saya sudah kenali semangat anda untuk berbakti dan komitmen anda kepada Singapura. Kini, setelah anda telah membuat keputusan, saya ucapkan yang terbaik,” tambahnya lagi.

Puan Halimah telah meletak jawatannya sebagai AP GRC Marsiling-Yew Tee dan anggota PAP kepada PM Lee pagi semalam. Beliau juga akan meletak jawatannya sebagai Speaker Parlimen.

Pejabat Perdana Menteri memberikan kenyataan bahawa Timbalan Speaker Parlimen Charles Chong akan memangku jawatan Speaker Parlimen buat sementara waktu. PM Lee akan melantik Speaker Parlimen yang baru pada sidang Parlimen yang akan datang.

Sumber: Straits Times

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments