Pihak Berkuasa Arab Saudi Larang Para Jemaah Ambil Gambar

Hal Ehwal Teh-Kini

Pihak berkuasa Arab Saudi larang para jemaah daripada ambil gambar dan rakam video di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Larangan itu dikenakan, tidak kira apa alat digunakan ataupun apa sahaja tujuan di sebalik gambar dan rakaman tersebut.

 

Menurut pihak berkuasa Saudi, langkah itu diambil bagi melindungi dan memelihara tempat-tempat suci itu. Ia satu cara untuk mencegah gangguan bagi para jemaah dan juga memastikan ketenangan ketika beribadah.

 

Kebelakangan ini, ramai para jemaah ke tempat-tempat suci dan sempat muatnaikkan gambar mereka di Instagram dan Facebook, termasuk gambar mereka bergaya di depan Kaabah hingga ambil gambar sendiri atau ‘selfie’ di tingkat atas Masjidil Haram dan di bawah kanopi di Masjid Nabawi. Ada yang bawa bendera negara mereka sendiri untuk bergambar di situ. Para pengkritik katakan “aksi seakan melancong” itu menyimpang perhatian daripada tujuan sebenar menunaikan ibadah haji dan umrah.

 

Menurut kenyataan yang diberikan, “Jika sesiapa melanggar larangan itu, pengawal keselamatan telah diberi arahan untuk rampas gambar-gambar serta kamera sekali, jika perlu.” Pihak berkuasa galakkan maklumat tentang larangan tersebut disebarkan kepada setiap pengendali haji dan umrah di negara masing-masing.

 

Sumber: Straits Times

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments