Piala Dunia 2018: Siaran Percuma Mendatangkan Banyak Manfaat

Hal Ehwal Teh-Kini

Walaupun suasana bola sepak di Singapura tidak mempunyai sejarah panjang seperti di England dan tidak diraih begitu luas seperti di Brazil, ramai orang Singapura menunjukkan sokongan mereka dalam pertandingan antarabangsa ini. Sukan ini jelas kelihatan sebagai sukan yang paling berkuasa untuk eratkan khalayak ramai dari berlainan bangsa dan agama.

 

Dari 14 Jun hingga 15 Julai, sekira 600,000 penduduk dijangka akan berkumpul di kelab-kelab masyarakat di seluruh Singapura untuk menyaksi tayangan kesemua 64 permainan bola sepak Piala Dunia FIFA 2018 secara percuma. Persatuan Rakyat (PA) telah bekerjasama dengan Singapore Pools, Singtel dan StarHub untuk mewujudkan inisiatif ini.

 

Ini adalah kali pertama sejak tahun 2010 di mana kesemua perlawanan akan ditayangkan secara percuma dan kesan positifnya memang tidak boleh dinafikan.

 

#1 KUATKAN HUBUNGAN KEMASYARAKATAN

(Sumber: The New Paper)

Menurut sebuah artikel oleh The New Paper, sekitar 600 peminat berkumpul setiap malam di banyak CC, seperti Bishan, Cheng San, Keat Hong dan Tampines West, sejak perlawanan pembukaan pada 14 Jun. Mereka yang berkumpul adalah golongan berbilang bangsa, agama dan usia.

 

Gracious as usual. More than 400 chairs were arranged in less than 15mins by the residents. Thank you! #TampinesKindnessMovement #TWCC #TampinesWest #Community #Lifestyle

Posted by Tampines West Community Club on Saturday, 30 June 2018

 

Sikap bergotong-royong juga sangat menyerlah. Tengok lah para penduduk di daerah Tampines West CC sedang menyusun sekitar 400 kerusi dalam masa 15 minit untuk siapkan dewan mereka bagi siaran perlawanan.

 

 

Menonton perlawanan bola sepak yang terpapar di skrin besar bersama ramai orang jauh lebih seronok dibandingkan menonton keseorangan di rumah. Seorang sukarelawan akar umbi di Yew Tee CC, Encik C. Manoharan, berkata bahawa suasana meriah semasa siaran perlawanan awam menyebabkan para penduduk sering kembali.

 

Beliau berkata: “Tiada semangat menonton perlawanan keseorangan di rumah. Menontonnya bersama-sama membolehkan orang bersatu dan membina persaudaraan.”

 

#2 HILANGKAN TEKANAN

(Sumber: Tampines West Community Club)

 

Kalau ingin cari cara percuma di Singapura untuk hilangkan tekanan selepas satu hari bekerja, hampir mustahil. Namun, dengan siaran percuma perlawanan Piala Dunia 2018 di seluruh Singapura, anda sekeluarga dan rakan-rakan dapat rehat dan santai tanpa berbelanja satu sen pun.

 

Lagipun, kesemua perlawanan bagi Piala Dunia yang ke-21 ini dijadualkan sebelum jam 2 pagi. Malah, 38 daripada 64 perlawanan akan berlangsung sebelum pukul 12 malam. Ini jauh berbeza dengan Piala Dunia pada tahun 2014 dimana kebanyakan perlawanan disiarkan sebelum matahari terbit. Kali ini, kita ada masa untuk tonton perlawanan dan rehat secukupnya sebelum bekerja atau ke sekolah esok hari!

 

#3 PERANGSANG PERNIAGAAN TEMPATAN

 

(Sumber: Instagram @polarpuffs_cakes)

 

Banyak perniagaan makanan dan minuman tempatan ambil kesempatan untuk tingkatkan jualan mereka dengan mencipta barangan bertema Piala Dunia. Sebagai contoh, Polar Puffs & Cakes menjual kek berbentuk bola untuk si cilik. Pasti jualan kek ini di cawangan Our Tampines Hub mereka lumayan memandangkan ramai orang melawat tempat tersebut untuk tonton siaran perlawanan percuma.

 

Menurut seorang wakil Singtel pula, banyak perniagaan makanan dan minuman juga rela berbelanja beberapa ribu untuk pakej siaran Piala Dunia 2018 seperti SAFRA, McDonald’s dan Spize. Dengan setiap pakej berharga antara hampir $3,000 dan $5,000 mengikut saiz dan jumlah skrin yang digunakan, perniagaan makanan dan minuman tempatan yakin dengan keuntungan yang dapat diraih daripada Piala Dunia 2018 ini.

 

#4 HARAPAN BARU UNTUK BOLA SEPAK SINGAPURA

(Sumber: FourFourTwo)

 

(Sumber: Instagram @madhumacintosh, Tampines Rovers defender)

 

Sokongan Piala Dunia tahun ini berpotensi menyalakan semula semangat untuk bola sepak tempatan, terutamanya dengan pelancaran semula S.League sebagai Singapore Premier League (SPL) pada Mac tahun ini. Setelah beberapa tahun melihat jumlah penyokong menurun, SPL ingin bina semula budaya bola sepak Singapura yang kekal bersemangat.

 

Untuk kecapi impian besar ini, SPL harus menjalin ikatan kukuh bersama warga Singapura, tidak kira peminat lama atau baru. Keinginan ini juga jelas kelihatan dengan pengumuman bahawa Singapura mungkin dapat menjadi antara tuan rumah bagi Piala Dunia tahun 2034 selepas Indonesia mengesahkan cadangan untuk memimpin sebuah konsortium Asia Tenggara buat tahun tersebut. Harap-harap adegan bola sepak di Singapura dapat bangkit semula seperti zaman gemilang Fandi Ahmad dan Malek Awab!

 

TehTarik percaya jika kita dapat luangkan masa dan tenaga untuk melihat perlawanan antarabangsa, kita pasti dapat salurkan sebahagian daripada semangat hangat itu untuk sokong bola sepak tempatan. Jika masyarakat sendiri tidak memberi kepercayaan, siapa lagi?

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments