Peserta Melayu memenangi sebuah pertandingan dan mengharumkan nama negara

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Mohamad Ashree, seorang peserta dalam Kejohanan Asia bagi Kecantikan, Kecergasan dan Fesyen Dunia (WBFF) telah mengharumkan nama negara dengan kemenangannya dalam Kategori Transformasi.

Walaupun dia seorang bekas penjenayah dan menghidapi penyakit polio, dia tidak berputus asa. Dia bertekad untuk mengharungi rintangan hidup dan kini berjaya untuk membuktikan kepada dirinya dan para masyarakat bahawa istilah “terlambat” tidak wujud di dalam hidupnya.

Dalam kategori yang disertai Ashree, ia memaparkan perubahan yang dilalui oleh setiap peserta dari tempoh tiga bulan hingga empat tahun yang lalu.

“Dengan kemenangan ini, saya harap dapat menggalak masyarakat kita untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat walaupun apa jua cabaran yang mereka hadapi,” kata Ashree.

Pertandingan yang diadakan di Asia Tenggara buat julung-julung kalinya turut menyaksikan 100 peserta dari 14 negara yang bertanding untuk merebut gelaran juara dalam tujuh kategori berbeza. Tahun ini, ia diadakan di Ekspo dan Pusat Konvensyen Marina Bay Sands.

TehTarik ingin mengucapkan syabas kepada Ashree kerana memenangi kategori yang disertainya. Kami juga mengalu-alukan orang ramai untuk melihat Ashree sebagai seseorang yang berinspirasi. Walaupun dia mempunyai sejarah yang silam, dia berani untuk menempuhi hidup baru dan menuju jalan yang lebih cerah.
Sumber: Berita Mediacorp

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments