Persatuan Kanser Singapura membuat laporan atas risalah palsu

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Baru-baru ini, Persatuan Kanser Singapura (SCS) telah membuat laporan polis atas sekeping risalah yang mengatakan bahawa persatuan tersebut memberi perkhidmatan kesihatan untuk kaum wanita di Yishun.

 

Gambar: The Straits Times

 

Ketua Pegawai Eksekutif, Albert Ching, telah berkata bahawa risalah tersebut “tidak ada kaitan dengan khidmat pemeriksaan kanser” yang ditawarkan oleh SCS.

Gambar risalah itu telah dimuat naikkan dan disebarkan di laman sosial Facebook. Ia mengandungi logo SCS dan mengandungi maklumat bahawa pemeriksaan kesihatan akan dilakukan untuk wanita yang mempunyai risiko kanser payu dara di beberapa tempat di Yishun. Ia juga mengatakan bahawa wanita-wanita tidak boleh berpakaian semasa pemeriksaan dan pembayaran untuk khidmat ini berharga dari $50 hingga $100.

Encik Ching juga menambah, “SCS menawarkan khidmat pemeriksaan percuma untuk wanita yang telah menepati temu janji di klinik Pemeriksaan Kanser SCS yang terletak di Bishan Junction 8 Office Tower.”

Selain daripada klinik itu, SCS juga mempunyai beberapa tempat berlesen di merata Singapura yang menawarkan khidmat pemeriksaan kanser secara percuma. Salah satu contoh adalah semasa kempen tahunan mereka iaitu Kesedaran Kanser Ginekologi Wanita SCS yang akan berlangsung dari Mei hingga Julai 2017.

 

Sumber: AsiaOne

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments