PERGAS Sokong Keputusan PPIS Tidak Tandatangani Laporan UN

Hal Ehwal Teh-Kini

Baru-baru ini, 60 badan bukan kerajaan (NGOs) bekerjasama untuk hasilkan laporan bayangan berkaitan dengan Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW). Laporan itu dirancang dihantar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) tetapi hasrat itu tidak kesampaian kerana beberapa badan yang terlibat tidak ingin menandatangani sokongan mereka bagi laporan itu.

Antara badan-badan yang tidak beri sokongan adalah Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS). Di dalam liputan Straits Times, PPIS tidak tandatangani laporan itu atas sebab kandungan laporan itu bertentangan dengan undang-undang masyarakat Islam, termasuk poligami dan warisan. PPIS tambah lagi, “PPIS berada dalam kedudukan yang tidak menyenangkan kerana perlu mengimbangi dan renungkan suara-suara Muslimah Singapura.”

Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam (Singapura) (PERGAS) turut sokong pihak PPIS dalam kenyataan Facebook mereka yang dikeluarkan semalam:

Dalam kenyataan itu, PERGAS ketengahkan bahawa laporan bayangan tersebut bertentangan dengan hak orang Islam. Mereka tegaskan juga bahawa Islam merupakan agama yang mengangkat kedudukan wanita sama seperti kaum lelaki dalam jalankan tanggungjawab harian serta hak-hak dalam agama. PERGAS sokong segala bentuk yang boleh bawa kepada penghapusan segala diskriminasi terhadap kaum wanita asalkan ia tidak bertentangan dengan agama Islam.

Syabas PERGAS kerana ke hadapan untuk berikan sokongan kepada PPIS. TehTarik ingin ingatkan semua jangan tergesa-gesa menganggap badan-badan berkaitan agama Islam tidak sokong hak wanita di negara ini. Kita semua harus bersatu pelihara hak manusia bagi bilangan masyarakat Singapura seberapa upaya tanpa tentangi hak orang Islam sendiri.

 

Sumber: Straits Times/ Facebook

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments