Peperiksaan Terpaksa Dibatalkan Disebabkan Sifat Tidak Jujur Pensyarah

Hal Ehwal Teh-Kini

Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) terpaksa membatalkan satu peperiksaan yang seharusnya diadakan minggu lepas selepas kelakuan tidak jujur seorang pensyarah yang membocorkan soalan-soalan serta jawapan-jawapan ketika sesi ulang kaji.

Sebanyak 590 pelajar yang merupakan pelajar sepenuh masa dan sambilan terjejas.

Seorang jurucakap SUSS mengatakan bahawa perkara ini diketahui sejurus selepas peperiksaan kewangan (FIN303) itu berlangsung – iaitu sesetengah pelajar sudah mempunyai pengetahuan tentang soalan-soalan dan jawapan-jawapannya sebelum hari peperiksaan tersebut.

Disebabkan itu, pihak universiti telah membuat keputusan untuk membatalkan peperiksaan tersebut untuk berlaku adil kepada kepada semua pelajar dan menjaga integriti pemarkahan peperiksaan.

Para pelajar sekarang harus membuat pilihan sama ada menjadikan markah penilaian berterusan sebagai gred keseluruhan (Overall Continuous Assessment Score, OCAS), atau mengambil semula peperiksaan yang bakal diadakan pada 4 Disember ini.

OCAS  diambil dari markah quiz-quiz sebelum kursus, penyertaan dalam bilik darjah dan kerja sekolah.

Tindakan ke atas pensyarah tersebut akan diambil termasuk menamatkan khidmatnya sejurus selepas siasatan berakhir.

Sumber: CNA

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments