Penyusuan payudara tidak diterima orang awam?

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Gambar seorang ibu menyusu anaknya di dalam MRT telah dimuat naikkan oleh seorang pengguna media sosial dan telah disambut dengan komen-komen positif dan negatif oleh pengguna Facebook. Ada yang dapati bahawa penyusuan payu dara tidak seharusnya dilakukan di awam. Mereka juga menambahkan bahawa ibu yang ingin menyusu anak harus ke bilik penjagaan anak yang telah disediakan atau menggunakan penutup penyusuan bayi.

Ibu yang di dalam gambar juga telah mengongsi pendapatnya dalam Facebook. Dia menerangkan bahawa dia tidak kisah dengan pendapat orang lain kerana dia hanya mahu yang terbaik untuk anaknya. Disebabkan anaknya kurang selesa dengan penggunaan penutup penyusuan bayi, dia menyusukan anaknya tanpa menutup payu daranya. Dia juga telah mendapat sokongan daripada khalayak ramai kerana keberaniannya untuk menyusu bayi di tempat awam.

Isu penyusuan payu dara sering menjadi topik hangat antara masyarakat serta seluruh dunia. Ramai orang tidak setuju dengan ibu-ibu yang menyusu anaknya di tempat awam kerana payu dara dipandang sebagai anggota tubuh yang seksual. Ada juga yang menyuruh ibu-ibu untuk ke tempat tertutup atau ke bilik penyusuan bayi untuk menyusu bayi. Tetapi, kadangkala, bayi tersebut sudah lapar dan ia adalah tanggungjawab seorang ibu untuk menyusunya.

Bagi TehTarik, menyusu bayi melalui payu dara tidak menyentuh undang-undang Singapura dan ia hanya persepsi orang awam yang melihat payu dara sebagai anggota tubuh yang seksual. Tetapi, payu dara boleh dilihat sebagai anggota tubuh yang amat mulia kerana tanpa susu ibu, bayi itu tidak akan membesar dengan betul.

Sebaiknya, kita harus menyokong penyusuan payu dara kerana kita juga tidak akan berada di sini tanpa susu payu dara ibu kita. Mungkin kita boleh menutup dada dengan skarf apabila menyusu bayi supaya orang ramai tidak akan terasa kekok. Sebagai seorang ibu juga, kita harus peka dengan keadaan persekitaran kita apabila menyusu bayi di tempat awam. Jangan terlalu mendedahkan payu dara kita apabila menyusu kerana ia akan membuat orang merasa kurang selesa. Berhijab ataupun tidak, penyusuan payu dara akan menarik perhatian orang. Oleh itu, jaga pemakaian dan tertib sebagai seorang ibu dan wanita apabila menyusu bayi. Ingatlah, tanggungjawab ibu memang penting tetapi jangan lupa untuk melihat persekitaran ya?

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments