Penyelidik Pertama Singapura Jadi Zamil Akademi Pencipta Amerika Syarikat

Sembang-sembang je

Bulan lalu, Profesor Jackie Ying disenaraikan antara Muslim paling berpengaruh di dunia dalam kategori Sains dan Teknologi. Kini, Pengarah Eksekutif Institut Biokejuruteraan dan Nanoteknologi (IBN) ini merupakan penyelidik berpangkalan di Singapura pertama dinamakan sebagai zamil Akademi Nasional bagi Pencipta Amerika Syarikat (NAI) yang berprestij.

 

Pengiktirafan NAI adalah penghormatan tertinggi bagi pencipta akademik yang mempamerkan semangat inovasi prolifik dalam mencipta atau menghasilkan ciptaan menyerlah yang meninggalkan kesan mendalam ke atas mutu kehidupan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

 

Menurut A*STAR, Profesor Ying dipilih atas sumbangannya yang cemerlang kepada penemuan inovatif dan teknologi, paten dan pelesenan rekaan, kesan terhadap masyarakat serta sokongan dan peningkatan kepada daya inovasi. Beliau memegang lebih 180 paten asas dan permohonan paten dengan 32 daripadanya adalah lesen bagi syarikat-syarikat antarabangsa dan pemula bagi pelbagai bidang, termasuk perubatan nano, penghantaran ubat-ubatan, kejuruteraan sel dan tisu, implan perubatan, diagnostik dan lain-lain lagi.

 

Profesor Ying akui beliau amat berbesar hati atas pencapaian ini. Tambahnya lagi, “Ini kerana saya belajar di kolej yang sama dengan Thomas Edison dan saya mahu menjadi seorang pencipta. Keupayaan membawa kesan kepada masyarakat menerusi kejayaan teknologi dan inovasi adalah aspek yang paling menarik dalam penyelidikan.”

 

 

Sumber: CNA

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments