Penumpang Syarikat Penerbangan United Airline Diheret Keluar

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Sumber video: Li DAVID 

 

Seorang penumpang United Airline telah diheret keluar secara paksa menurut video yang tersebar di Facebook dan Twitter semalam. Menurut beberapa sumber, penumpang yang diheret keluar tersebut merupakan seorang doktor dan dikatakan enggan mengikut arahan memberikan tempatnya kepada pekerja United Airline. Dipercayai doktor tersebut tidak mahu mengikut arahan itu kerana perlu berjumpa dengan pesakitnya di Louisville.

Difahamkan tempahan untuk kapal terbang ini sudah melebihi hadnya. United Airline terpaksa mengeluarkan beberapa penumpang untuk memberi ruang kepada empat krew United Airline yang perlu diterbangkan ke sebuah lapangan transit.

Video ini mendapat pelbagai reaksi sehingga ramai yang memulakan tren #boycottunitedairline.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments