Penumpang Lain Dedahkan Cerita Sebenar Dalam Bas 969

Sembang-sembang je

Kapten bas 969 ini hentikan bas dan semua penumpang terpaksa turun untuk naik bas seterusnya. Sebabnya? Dua kanak-kanak kecil (berumur 2 dan 4 tahun) naik bas itu dan disuruh bayar tambang tapi kapten bas tidak tahu bagaimana nak jelaskan berapa tambang yang perlu dibayar dalam bahasa Inggeris.

Pada 22 Julai, pengguna Facebook Fareen Salauddin memuat naikkan gambar kapten bas 969 itu.

Di dalam postnya, Fareen Salauddin mempersoalkan jika pemandu bas yang datang dari negara lain boleh berbahasa Inggeris supaya mereka masih boleh berbual dengan rakyat Singapura yang tak boleh berbual bahasa Cina.

Dia juga menambah bahawa harga tambang naik bas untuk kanak-kanak perlu diperiksa. Kanak-kanak yang dipaksa bayar tambang masih kecil lagi tapi disebabkan ketinggian mereka, mereka harus tetap bayar.

 

 

Ramai yang mengongsi post Fareen kerana disebabkan masalah komunikasi, semua penumpang terjejas. SMRT telah pun memohon maaf di dalam satu kenyataan di Facebook pada hari kemudiannya.

Mengikut kenyataan Facebook itu, SMRT umumkan:

“Kami mohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas atas gangguan ini.

Kami ingin meyakinkan bahawa kapten-kapten bas kami mengambil kelas untuk meningkatkan kebolehan memahami dan bertutur dalam bahas Inggeris. Jika menghadapi masalah komunikasi, mereka digalakkan untuk meminta bantuan dari penumpang yang lain.”

Seorang penumpang, Jian Wei, yang berada semasa kejadian itu beritahu hal sebenar melalui komen di post SMRT itu.

 

 

Menurut Jian Wei, memang benar pertengkaran itu berlaku. Mula-mulanya kapten bas itu beritahu bahawa kanak-kanak yang naik bas itu perlu bayar tambang sebab mereka dah melebihi had ketinggian untuk tambang percuma. Bapa kanak-kanak itu pula bertegas yang bas kapten itu perlu berbahasa Inggeris. Seorang penumpang lain cuba membantu untuk menterjemahkan kata-kata bas kapten itu tapi bapa itu kata penumpang itu tidak perlu bantu kerana ini kerja bas kapten untuk berbual bahasa Inggeris. Selepas itu, Jian Wei pun turun dari bas itu.

 

Jian Wei juga katakan dalam komennya, “Pemandu bas itu sebenarnya sedang memberitahu dan berkomunikasi dengan HQ bila saya turun. Pemandu itu mungkin sedang mengikut arahan orang atas.”

Hais…kecoh.

TehTarik nak ingatkan semua, kalau betul cakap Jian Wei ni, jangan lah bodoh sombong bila orang nak bantu. SMRT pun dah minta maaf dan ini pun periuk nasi kapten bas itu. Dan lain kali, sabar sikit kalau ada konflik macam ini bila kita ada dalam bas atau MRT. Memang confirm darah up sebab nak cepat balik kan? Tapi, daripada kita post di Facebook, kan lebih baik kita tulis maklum balas kepada SMRT? Ye tak.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments