Pengganti PM Lee “Kemungkinan Tinggi” Berada Dalam Kabinet

Hal Ehwal Teh-Kini

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dedahkan dalam temu ramah bersama CNBC semalam bahawa beliau bersedia untuk letak jawatan sebagai pemimpin Singapura dan bakal penggantinya “kemungkinan tinggi” sudah ada dalam Kabinetnya.

 

Jawapan PM Lee apabila CNBC tanya jika beliau sedia lepaskan jawatannya dalam beberapa tahun: “Saya sudah bersedia. Apa yang saya perlu pastikan adalah sudah ada seseorang untuk mengambil alih kepimpinan daripada saya.”

 

Sudah berusia 65 tahun, beliau telah tekankan beberapa kali bahawa perlu ada pengganti untuk pimpin negara ini dan bakal penggantinya itu harus sedia ambil alih tempatnya sebaik sahaja selesai pilihan raya umum yang akan datang. Tahun lepas, PM Lee hampir rebah ketika berikan rapat umum hari kebangsaan dalam bahasa Inggeris. Kejadian itu berikan lebih tumpuan kepada ambil alih kepimpinannya.

 

“Saya rasa besar kemungkinan beliau sudah ada dalam Kabinet. Tetapi yang mana satu? Itu memerlukan masa untuk dipastikan,” tambahnya lagi.

 

Kini, Singapura sedang alami pertumbuhan ekonomi yang paling kukuh sejak 2014. Harapan PM Lee untuk Singapura adalah supaya negara ini sentiasa “kekal di atas”, dengan mengikuti segala perkembangan dan perubahan. Beliau rasa juga jika bapanya, mendiang Encik Lee Kuan Yew masih hidup hari ini, nasihat yang akan diberikan adalah “terus maju ke hadapan”.

 

PM Lee akan lawat Amerika Syarikat pada minggu akan datang atas undangan Presiden Donald Trump. Beliau akan bertemu dengan Encik Trump pada 23 Oktober di Rumah Putih.

 

Sumber: CNA

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments