Penerima Biasiswa SAF, Leftenan Alfian Aman, Ingin Terus Berkhidmat Kepada Negara

Hal Ehwal Teh-Kini

Di Istana baru-baru ini, Leftenan Muhammad Alfian Aman ialah antara 15 penerima Biasiswa Merit Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

LTA Alfian, 20 tahun, yakin akan membina kerjaya dalam bidang dasar awam supaya dapat memperbaiki kehidupan anggota perkhidmatan negara. Contohnya, beliau fikirkan bagaimana untuk memudahkan proses Ujian Kecekapan Jasmani Individu (IPPT).

Dengan pengalamannya berkhidmat dalam tentera, beliau memperbaiki pengalaman komander platun yang dilantik unit 1BMT pada Januari tahun ini.

“Salah satu daripada cabaran saya ialah untuk mendampingi setiap rekrut…. Dan untuk meyakinkan mereka supaya bekerjasama sebagai sebuah platun,” katanya.

“Maka saya percaya bahawa peluang ini membolehkan saya untuk bertemu dengan mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang dan ia juga membolehkan saya untuk mempelajari lebih banyak lagi tentang isu-isu dan membuat perubahan di peringkat asas.”

Beliau percaya biasiswa yang telah dianugerahkan kepadanya akan membantu membiayai pengajiannya dan akan meringankan beban kewangan ibu bapanya.

Bapanya, yang juga merupakan salah satunya pencari nafkah bagi keluarga LTA Alfian, menghidapi barah usus sejak beberapa tahun yang lalu dan pembelanjaan bagi perubatannya semakin meningkat.
“Kadang kala, bil-bil perubatannya agak mahal, namun kami berupaya mengusahakannya.” kata LTA Alfian, dengan tabah.

Selepas menyelesaikan pengajiannya nanti, LTA Alfian berminat menjadi seorang pegawai pemerintah dan beliau juga merancang untuk menyertai kursus taktik bagi mempersiapkan diri.

“Berkhidmat kepada negara mengalir dalam darah saya. Saya berharap dapat terus berkhidmat dalam bidang tentera sehingga saya bersara kelak,” kata beliau lagi.

 

Sumber: Berita Mediacorp

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments