Pendakwah Asing Dilarang Masuk Singapura. MUIS sokong keputusan itu.

Hal Ehwal Teh-Kini

Dua pendakwah agama Islam luar negara, Ismail Menk dan Haslin Baharim, dilarang masuk ke Singapura kerana pandangan mereka yang bercanggah dengan nilai keharmonian kaum di sini, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA). Permohonan pas kerja mereka juga ditolak. Mereka diminta sampaikan ceramah di atas sebuah kapal pesiaran bagi satu acara keagamaan pada 25 November akan datang. Mereka tidak dibenarkan naik kapal yang akan berlayar atau berlabuh di Singapura.

 

MUIS tegaskan bahawa pihaknya sokong tindakan ini kerana pandangan-pandangan pendakwah tersebut “amat bermasalah” dan “amat tidak sesuai” bagi konteks Singapura. Ajaran mereka juga langgar Kod Etika di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS), sebuah skim yang daftarkan dan beri kelulusan kepada asatizah di Singapura. MUIS juga telah kaji semula latar belakang pendakwah-pendakwah itu seperti pandangan yang mereka utarakan sebelum ini.

 

Kedua-dua pendakwah itu mempunyai ramai pengikut online. Haslin Baharim pernah galakkan ketidakharmonian dalam kalangan Muslim dan bukan Muslim, yang dia sifatkan sebagai “kafir”. Ismail Menk pula dikenali kerana ajarannya yang pecahbelahkan masyarakat. Dia pernah katakan bahawa ia adalah satu dosa besar dan jenayah bagi seseorang Muslim untuk ucapakan Selamat Hari Krismas atau Selamat Hari Deepavali kepada orang bukan Muslim.

 

(Sebenarnya, dalam satu temuduga bersama Straits Times, Mufti Singapura pernah nafikan kenyataan ini dan nasihatkan bahawa ia bukan satu kesalahan. Mufti juga pernah sampaikan ucapan pada hari perayaan kaum bukan beragama Islam. Singapura satu negara berbilang bangsa dan agama. Tak salah kalau kita ucapkan yang terbaik untuk rakyat beragama lain kan?)

 

Pandangan eksklusif seperti itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia datangkan sikap tidak tolak ansur yang rosakkan keharmonian di negara ini dan sebabkan masyarakat berpecah. Keputusan ini dibuat setelah MHA berunding dengan MUIS, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).

 

Rakyat Singapura perlu mainkan peranan mereka untuk jelas menolak dan jaga-jaga terhadap ajaran agama yang pecahbelahkan masyarakat serta penceramah yang sebarkan ajaran sedemikian, tidak kira apa pun agama mereka. Ini supaya keamanan dan kemajuan Singapura tidak terjejas.

 

Sumber: CNA

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments