Pemilik syarikat ganti televisyen yang retak semasa pemindahan barangan rumah

Sembang-sembang je

Seringkali, apabila kita memindah rumah, pasti ramai risau akan barangan-barangan yang hilang ataupun rosak. Begitu juga yang dirisaukan Ina Sultan (menurut nama Facebook) kerana barangnya pernah dihilangkan. Namun, kali ini pengalamannya amat berbeza…

 

Menurut Ina, dia ingin memindah rumah pada minggu raya pertama. Sementara banyak syarikat pemindah menolak permintaannya, tetapi syarikat Budget Moverz setuju untuk membantu.

Pemilik syarikat tersebut, Zul Shah, mempunyai hampir 10 pekerja dan semuanya memahami apa yang perlu diuruskan. Barangan Ina telah dibalut, ditanggalkan dan dipasang semula di rumah baru Ina. Mereka juga berhati-hati bila mengangkat barangannya.

Ketika di rumah baru Ina, mereka sedang memasang televisyen Samsung 65inch tetapi dapati bahawa ia mempunyai retak. Bila Ina mendengar berita itu, dia mula menangis kerana ia barangan baru.

Walaupun Zul mengaku kesilapannya dan berjanji untuk membelinya sebuah televisyen baru, Ina kurang yakin kerana Ina mempunyai pengalaman pahit bila bekerjasama dengan syarikat-syarikat pemindahan. Salah satu daripadanya termasuk kehilangan gambar perkahwinan Ina dan syarikat tersebut tidak menjawab panggilan Ina ataupun membayar ganti rugi. Tetapi Zul membuktikan kepada Ina bahawa dia setia kepada kata-katanya.

Tiga hari kemudian, Zul kembali ke rumah Ina dengan televisyen baru yang sama dengan apa Ina ada. Ia bernilai lebih dari $5000 walaupun Ina membayar $500 untuk pemindahan itu. Ina kagum dengan Zul yang menjalankan perniagaannya dengan jujur.

TehTarik turut kagum dan kami ucapkan syabas kepada Zul dan pasukannya di Budget Moverz! 🙂

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments