Pemerintah Terus Bertegas: Seorang Lagi Pendakwah Asing Dilarang Masuk Singapura

Hal Ehwal Teh-Kini

Yusuf Estes, yang berasal dari Amerika Syarikat, merupakan seorang lagi pendakwah Muslim warga asing yang dilarang memasuki Singapura. Ini selepas dua pendakwah asing terkenal, Ismail Menk dan Haslin Baharim, juga dilarang masuk negara ini.

 

Ismail Menk dan Haslin Baharim diminta sampaikan ceramah di atas sebuah kapal pesiaran bulan lalu sebelum mereka dilarang masuk. Penganjur kapal pesiaran itu telah “mendapatkan pendapat” untuk mengambil Yusuf Estes sebagai penceramah. Menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Yusuf Estes menyuarakan pelbagai pendapat yang “bertentangan dengan nilai masyarakat berbilang kaum dan agama”.

 

Sama seperti Ismail Menk, Yusuf Estes pernah lahirkan pandangan bahawa ia bermasalah untuk orang Islam “menyambut perayaan” dan mengucapkan “Merry Christmas” kepada penganut Kristian. Dia juga telah terbitkan satu artikel yang mempersoalkan alasan agama di sebalik sambutan Krismas.

 

MHA dedahkan bahawa dia membuat beberapa lagi dakwaan tentang kepalsuan agama lain dan mempunyai “pandangan yang tidak toleran terhadap orang bukan Muslim”. Sebagai contoh, Yusuf Estes pernah berkata bahawa dalam perkahwinan seorang lelaki Muslim dengan isteri yang bukan Muslim, isteri itu akan menjadi ‘Syaitan’ kepadanya dan anak mereka akan digunakan untuk menentang si suami.

 

Selain mereka bertiga, dua permohonan pendakwah Kristian untuk berceramah di Singapura juga ditolak “kerana membuat komen-komen yang menyinggung perasaan dan boleh mendatangkan kemarahan terhadap agama lain seperti Islam dan Buddha”.

 

Pemerintah “tidak akan membenarkan pendakwah agama dari mana-mana agama untuk memburuk-burukkan agama lain dan menyebarkan kebencian di kalangan masyarakat berbilang agama”.

 

Sumber: CNA

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments