Pembekal Bersaing Menawarkan Pakej Harga Elektrik Kepada Pengguna

Hal Ehwal Teh-Kini

Lebih 350,000 pengguna di beberapa kawasan kini mempunyai lebih banyak pilihan dan fleksibiliti apabila membeli elektrik. Buat julung kalinya, isi rumah dan pemilik perniagaan di kawasan seperti Choa Chu Kang dan Yishun serta kawasan dengan kod pos bermula 58 hingga 78 mempunyai pilihan menukar pembekal elektrik.

Perkembangan itu menyusuli langkah Penguasa Pasaran Tenaga memperkenalkan Pasaran Terbuka Untuk Bekalan Elektrik di Jurong mulai 1 November lalu.

Dengan Pasaran Terbuka Untuk Bekalan Elektrik, pengguna kini mempunyai dua pilihan:


1) Membeli elektrik daripada SP Group pada tarif terkawal. Dalam langkah ini pengguna tidak perlu mengambil sebarang langkah susulan. Mereka boleh kekal menerima bekalan elektrik seperti sedia ada dan terus membayar bil elektrik kepada SP group.

2) Bertukar kepada pembekal runcit elektrik dan memilih pelan harga yang paling sesuai dengan keperluan anda. Pembekal runcit elektrik yang dipilih akan mengambil langkah susulan secara langsung dengan SP Group untuk melaksanakan pertukaran itu bagi pihak anda.

Apa yang perlu diingatkan ialah, pengguna tidak diwajibkan pembekal runcit elektrik. Mereka yang mahu menukar pula tidak perlu tergesa-gesa kerana pertukaran boleh dibuat pada bila-bila masa dan tiada tarikh akhir bagi membuat keputusan

Juga penting ialah, SP Group akan terus mengurus dan mengendalikan grid tenaga nasional dan membekal elektrik kepada semua pengguna. Ini bermakna mutu dan bekalan elektrik ke setiap kediaman tidak akan terjejas biarpun pengguna membuat keputusan menukar pembekal runcit elektrik.

Jika pengguna mahu menukar pembekal runcit elektrik, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

Syarikat Pembekal

Terdapat 13 syarikat berlesen yang menawarkan pakej runcit elektrik bagi pengguna. Pengguna dinasihatkan supaya membeli daripada pembekal yang diiktiraf EMA. Syarikat berkenaan ialah:

  • Best Electricity
  • Diamond Electric
  • ESPower
  • Geneco
  • iSwitch
  • Keppel Electric
  • Ohm
  • Pacific Light
  • Sembcorp
  • Senoko
  • Sunseap
  • Tuas Power Supply
  • Union Power

Harga

Setiap syarikat mempunyai tarikan dan tawaran harga yang tersendiri. Ada yang menawarkan Pelan Harga Tetap, ada juga yang menawarkan diskaun daripada kadar tarif yang terkawal.  Tidak kurang juga menawarkan hadiah untuk memujuk pelanggan memilih pakej yang mereka tawarkan. Semak kadar yang ditawarkan dan pilih mengikut kemahuan anda. Lazimnya mereka yang lebih suka kepastian tentang perbelanjaan bulanan akan lebih selesa memilih Pelan Harga Tetap. Sebaliknya jika anda tidak keberatan mengalami kadar yang berubah setiap suku boleh memilih Pelan Harga Diskaun – selagi pelan harga itu lebih rendah berbanding tarif terkawal yang sedia ada.

Pelan harga yang ditawarkan merangkumi harga elektrik yang inklusif bermakna tiada bayaran yang tersembunyi.  Pelan harga juga ditawarkan bagi tempoh kontrak enam, 12 atau 24 bulan.

Pengguna boleh menyemak pelan harga di laman ini

Nilai Tambahan

Bagi menarik pelanggan, setiap syarikat pembekal runcit elektrik akan bersaing menawarkan pakej atau promosi. Tidak kurang juga yang menawarkan hadiah dengan setiap langganan baru. Semak pakej yang ditawarkan syarikat dengan teliti bagi menikmati pakej yang terbaik.

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments