Pemandu Tarik Pelajar Masuk Van – Singapura Masih Selamat Ke?

Hal Ehwal Teh-Kini

Dua sekolah antarabangsa di Singapura telah keluarkan amaran kepada ibu bapa para pelajarnya setelah dua kes tarik pelajar masuk van dilaporkan. Pelajar-pelajar perempuan terlibat dihampiri oleh pemandu van putih yang tidak dikenali dan diajak masuk ke dalam van. Kedua-dua kes ini berlaku dalam masa beberapa hari sahaja.

 

Pada 11 Januari, seorang pelajar UWC South East Asia dalam perjalanan pulang apabila dia “didekati” seorang pemandu lelaki di Dover Road. Van itu dipandu bersebelahan perempuan itu semasa dia sedang tunggu bas. Pemandu yang tidak dikenali itu memanggil pelajar tersebut dari tepi jalan raya dan menyuruhnya masuk ke dalam van.

 

Menurut ketua sekolahnya, pelajar itu ambil tindakan untuk tidak berikan apa-apa respons, berjalan ke arah bertentangan dan memberitahu seorang dewasa yang dikenali. Pemandu itu mendakwa dia cuba tawarkan perjalanan atas sebab hujan lebat pada ketika itu dan dia “tiada niat buruk”. (Nak cakap dia baik pun teragak-agak. Bukan selalu warga Singapura tawar orang masuk kereta sebab hujan basah kan?)

 

Pada Januari 16 pula, seorang pelajar dari Sekolah Tanglin Trust sedang jalan ke sekolah di Portsdown Road dari stesen MRT One-North pada jam 12.30 tengah hari apabila sebuah van putih berhenti berdekatan dengannya. Dua orang di dalam van itu “cuba menariknya” ke dalam van itu. (Terang-terang hari pun dorang berani buat macam ni?)

 

Menurut ketua eksekutif sekolah itu, kedua-dua orang itu keluar dari van dan terus memujuknya tetapi dia beredar dengan pantas dan tiba di sekolah dengan selamat. Siasatan sedang dijalankan.

 

TehTarik ingin pesan kepada ibu bapa, para pelajar dan pihak sekolah untuk berjaga-jaga. Walaupun kes dilaporkan mengenai pelajar sekolah antarabangsa, tidak semestinya pelajar sekolah tempatan akan sentiasa selamat. Jenayah boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Kita perlu didik anak kita supaya mereka tidak mengikut sesiapa yang tidak dikenali. Singapura sebuah negara selamat tetapi ini tidak bermakna kita boleh berlengah.

 

 

Sumber: CNA

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments