Pelukis grafiti wanita dari Afganistan lukis untuk memberi senyuman

Sembang-sembang je

Apabila kita lalu tempat seperti lorong-lorong terpencil ataupun jambatan, mungkin anda boleh terlihat lukisan grafiti. Seperti pelukis grafiti lain, Shamsia Hassani, juga minat melukis tetapi dia melukisnya di tempat-tempat yang dilanda peperangan.

 

Gambar: The Huffington Post

 

Puan Shamsia merupakan seorang pelukis grafiti dari Afganistan dan pensyarah di Universiti Kabul. Dia sering melukis di tempat yang dilanda peperangan untuk menunjukkan kepada orang ramai tentang isu peperangan menerusi bentuk lukisan yang menarik.

Gambar: thaxton.co

Minatnya bermula pada tahun 2010, apabila dia mempelajari grafiti dan menjadi pelukis wanita daripada Afganistan yang pertama untuk melukis di Kabul. Lukisannya sering mengandungi gambar-gambar wanita dengan pakaian tradisional, bentuk-bentuk simbolik ataupun gambaran tentang kehidupannya. Menerusi lukisan grafiti, dia ingin orang ramai untuk melupakan tentang peperangan yang berlaku di negaranya dan memperingati seni. Dia juga ingin mewarnai kehidupan penduduk-penduduk Kabul dengan keseniannya. Seperti cogan kata Puan Shamsia, “Kesenian lebih berkuasa daripada peperangan”.

Bagi TehTarik, kami amat kagum atas Puan Shamsia dengan minatnya dalam lukisan grafiti. Seringkali, kami melihat grafiti sebagai sebuah perbuatan yang merosakkan harta benda negara. Namun baginya, ia membawa keceriaan dan warna untuk para penduduk di Kabul.

 

Sumber: mvslim.com

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments