Pelajar Sekolah Rendah Membuka Keputusan Peperiksaan Di Kubur Ibunya

Hal Ehwal Teh-Kini

Ketika pelajar-pelajar Singapura sedang mengambil keputusan PSLE, pelajar-pelajar di Pulau Pinang pula mengambil keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Penerimaan keputusan ini merupakan satu detik penting yang Nur Aqilah Afiah Muhammad Firdaus ingin mengongsi dengan ibu kesayangannya. Namun, disebabkan ibunya telah meninggal dunia dua tahun lalu, pelajar ini bergegas ke kubur ibunya untuk mengongsi markah-markah yang diraih olehnya. 

Kisah ini dikongsi oleh nenek Aqilah, Aishah Mat Akat, menerusi satu Facebook post yang menjadi viral baru-baru ini. Facebook post itu dikongsi lebih 6,000 kali dan menerima lebih 1,000 komen dari pengguna Facebook.

 

 

Menurut Puan Aishah, cucu beliau membuat permintaan supaya beliau menemani cucunya ke sekolah untuk menerima keputusan UPSR yang akan diumumkan.

“Dia kata, Opah datanglah ke sekolah ganti mama. Kalau Opah tak datang, nanti kawan-kawan lain ada mama mereka. Aqilah dah tak ada mama untuk temankan tengok Aqilah ambil keputusan UPSR,” kata Puan Aishah dalam interview bersama mStar, sebuah lelaman berita dari Malaysia.  

Setelah keputusan peperiksaan diagihkan, Aqilah enggan membukanya. Sebaliknya, Aqilah meminta neneknya untuk menemaninya ke Tanah Perkuburan Islam Permatang Pauh yang terletak berhadapan dengan sekolahnya untuk menziarahi arwah ibunya. 

Menurut Aqilah, beliau rasa tidak kuat dan ingin mengongsi keputusan peperiksaannya dengan arwah ibunya. Bagi beliau, kehadiran ibunya dapat dirasai setiap kali beliau datang menziarahi.

Pelajar yang sering kelihatan ceria menahan sebak apabila beliau membaca keputusan peperiksaannya untuk setiap subjek di hadapan kubur ibunya. 

“Sambil pegang slip keputusan UPSR, Aqilah bersuara menyebut satu persatu keputusan yang dia dapat sambil tu juga dia menangis tak dapat menahan kesedihan. Saya hanya diam, biarkan diar melayan perasaan,” kongsi Puan Aishah. 

 

Sumber: mStar.com.my

Gambar: Allahyarham Ariani Amir bersama Nur Aqilah dan adiknya 

Arwah ibu Aqilah, Allahyarham Ariani Amir, meninggal dunia pada November 2017 pada usia 25 tahun ketika melahirkan anak ketiganya. Kini, Aqilah dan adik-beradiknya berada di bawah jagaan neneknya. 

Kisah ini telah menyentuh hati ramai netizen yang turut mengongsi kata-kata dorongan kepada Aqilah: 

 

 

 

Kasih sayang seorang ibu tidak boleh dibandingkan. Kehadiran seorang ibu di sisi menjadi pendorong kuat bagi ramai anak-anak muda. TehTarik.sg harap Aqilah akan terus kuatkan semangat, bekerja keras untuk mencapai kejayaan dan menjadi teladan bagi adik-adiknya.  

 

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments