Para Atlit Singapura Berdikari Dan Semangat Bekerja Tanpa Putus Asa

Sembang-sembang je

Kamas bekerja di UberEats tetapi dia tidak gunakan basikal, motosikal atau kereta. Dia hanya bergantung kepada kerusi rodanya yang bermotor. Kamas dapat menghantar makanan sama seperti pekerja biasa lain dalam jangka masa 35 minit. Dia juga merupakan seorang paraatlit yang mewakili Singapura di ASEAN Para Games 2015 dalam sukan bola keranjang kerusi roda.

Kamas menghadapi kecederaan tulang belakang di tempat kerjanya pada 1996 dan lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah. Ini tidak menghindarnya dari menghantar makanan setiap hari, dengan beg yang diikat ke kerusi rodanya dan telefon bimbitnya diikat ke peha.

Tahun lepas, kakinya patah ketika dalam perjalanan ke kerja. Doktor berikan dua tahun cuti sakit tetapi pengurus sebelumnya tidak mampu bayar gajinya setiap bulan untuk jangka masa itu. Pengurus itu cadangkan pula dia kembali bekerja selepas waktu cuti sakitnya tamat.

Kamas ialah seorang duda dan tidak mempunyai anak. Dia tinggal seorang diri di rumah sewa di Redhill. “Saya takut saya tidak boleh dapat kerja kerana keadaan saya ini,” katanya.

Namun, UberEats menerimanya untuk bekerja pada bulan Mei lalu. Kini, pendapatannya sebanyak $400 seminggu atau $4-$10 setiap pesanan. Pekerjaannya sebelum ini hanya membayarnya gaji sekitar $530 setiap bulan.

“Saya suka kerja lama saya tetapi gajinya tidak cukup untuk bayar sewa dan beli makanan. Sekarang, dengan kerja ini, ia lebih senang. Saya boleh atur masa sendiri dan mencari lebih duit,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Kamas tanggung bil-bil rumah sendiri. Kini, sekitar $200 dibayar oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan dia juga menerima wang sebanyak $300 setiap bulan sehingga akhir tahun ini.

Dahulu, Kamas pernah tinggal di kolong blok selama tiga tahun tetapi sekarang dia bekerja 11 jam setiap hari untuk menyara hidup dengan menghantar makanan di daerah Tiong Bahru, CBD, Orchard Road dan Thomson Road. Dia ceritakan bagaimana pelanggan selalunya terkejut atau kagum apabila dia menghantar makanan mereka.

Beberapa bulan lalu, kisah Encik Kamas viral di lelaman Stomp. Dia gembira dan berkata,

“Mungkin sekarang, lebih ramai orang seperti saya akan sedar bahawa mereka masih boleh bekerja.”

 

Sumber: Straits Times

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments