Panduan Mendapatkan BTO Yang Semua Boleh Faham

Sembang-sembang je

Ramai yang pening kepala nak beli rumah. Memang bukan mudah. Jadikan artikel ini sebagai panduan sebelum ambil langkah beli rumah sendiri.

Apa Anda Perlu Tahu

  • Kelayakan BTO
  • Pinjaman Wang HDB vs Pinjaman Wang Bank
  • Proses Pendaftaran BTO

 

Kelayakan BTO

Syarat-syarat yang harus dipenuhi supaya layak mendaftar untuk dapatkan rumah HDB:

  1. Salah satu antara pasangan mesti warganegara Singapura
  2. Pasangan yang lagi satu ialah warganegara Singapura atau seorang penduduk tetap (PR) di sini (Jika hanya seorang antara pasangan itu berwarganegara Singapura atau PR, pasangan tersebut perlu bayar $10,000 bagi insurans)
  3. Umur pasangan sekurang-kurangnya 21 tahun
  4. Tidak memiliki hartanah di luar negara atau di Singapura dan tidak melepaskan hartanah dalam tempoh 30 bulan yang lalu
  5. Tidak pernah beli lebih dari 1 rumah HDB/DBSS baru atau EC
  6. Tidak pernah terima lebih dari 1 bantuan perumahan CPF

Untuk tahu lebih lanjut, lihat lelaman HDB.

 

Pinjaman Wang HDB vs Pinjaman Wang Bank

Terserah masing-masing. Ada bantuan lain juga yang boleh ringankan beban kewangan. Bagi mereka yang ingin beli rumah buat pertama kali, boleh cuba daftar untuk Additional CPF Housing Grant atau Special CPF Housing Grant.

 

Proses Pendaftaran BTO

Pelancaran BTO HDB

Setiap 3 bulan, lokasi, jenis rumah flat dan jumlah unit yang akan dibina akan dimaklumkan. Selain ikuti lelaman HDB, boleh juga daftar untuk khidmat HDB eAlert yang akan hantarkan emel atau SMS apabila ada pelancaran baru.

Waktu Aplikasi BTO

Dengan setiap pelancaran, akan ada waktu seminggu yang dikhaskan untuk mengumumkan harga dan reka bentuk rumah supaya pembeli boleh buat pilihan. Aplikasi boleh didaftar online, di mana-mana cawangan HDB atau di HDB hub. Sediakan $10 untuk bayaran pentadbiran.

Temu Janji Memilih Rumah

Selepas menunggu selama 6 minggu, keputusan aplikasi akan dimaklumkan. Jika aplikasi lulus, HDB akan buat temu janji untuk anda buat pilihan rumah dan unit.

Apabila ke Temu Janji HDB:

  • Sediakan beberapa pilihan rumah (dalam 12 pilihan atau lebih) jadi sekurang-kurangnya kalau pilihan pertama sudah diambil, masih ada pilihan lain. Anda tak hampa dan tak akan buat pilihan sebarangan.
  • Bawa kad NETS. Pilihan rumah 3 bilik dikenakan bayaran $1000 dan pilihan rumah 4 bilik atau yang lebih besar dikenakan bayaran $2000. Bayaran ini akan dikembalikan jika akaun CPF Ordinary anda melebihi jumlah bayaran pendahuluan rumah. Jika anda pilih wang pinjaman dari bank, bayaran ini akan dikira termasuk dalam bayaran pendahuluan juga.
  • Kalau anda daftar untuk wang pinjaman HDB, bawa surat kelayakan HDB (HDB Loan Eligibility Letter) dari sini.
  • Bawa segala sijil atau dokumen pendapatan penting yang diperlukan. Rujuk lagi ke lelaman ini.

Tandatangan Persetujuan

Tunggu lagi beberapa bulan, timbul lah notifikasi minta tanda tangan. Kini, bayaran pendahuluan harus diselesaikan. Bayaran setem dan guaman juga akan dikenakan. Jangan lupa bawa:

  • Kad pengenalan
  • Surat HDB Loan Eligibility (kalau pinjam wang dari HDB) atau surat rasmi dari bank (kalau pinjam wang dari bank)
  • Passbook bank dan fotokopi muka surat tertera dengan nama dan nombor akaun
  • Kenyataan CPF yang terakhir, jika anda pekerja CPF Board
  • Resit bayaran pilihan rumah

Akhirnya, sediakan wang simpanan itu kerana pasti ada pelbagai bayaran pendaftaran lain yang perlu diselesaikan sebelum dapat pegang kunci sendiri.

Kadang kala impian kita tak tercapai dan kita terpaksa batalkan niat untuk membeli rumah. Jika anda hadapi situasi ini, jangan panic. HDB ada berikan panduan untuk di lelaman ini.

Nasihat kepada semua… selidik dan belajar dahulu apa yang perlu supaya proses untuk dapatkan BTO berjalan dengan lancar.

 

Sumber: Goodyfeed

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments