Orang Eropah Pun Boleh Cakap Dia Melayu

Hal Ehwal Teh-Kini

Pada tahun 1988, isu tentang Melayu pun timbul seperti sekarang. Dulu, AP parti pembangkang Chiam See Tong pernah tanya…apa maksud “seorang Melayu”.

Menteri Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong, yang pada masa itu ialah Timbalan Perdana Menteri Pertama mengatakan… “Sesiapa yang rasa dia sebahagian daripada masyarakat Melayu dan diterima oleh masyarakat itu boleh menjadi seorang AP ‘Melayu’.”

Kalau masyarakat Melayu terima kehadiran lima orang Eropah sebagai masyarakat mereka sendiri, tidak ada masalah bagi kelima-limanya untuk dijadikan calon AP. Sama juga kalau orang Maori ingin menjadi calon AP ‘Melayu’.

Menurut, Menteri Sekitaran pada masa itu, Encik Ahmad Mattar, apa yang penting Jawatankuasa Masyarakat Melayu yang menilai kelayakan calon AP Melayu berpuas hati dan yakin calon-calon benar-benar orang Melayu.

Jawatankuasa ini mencadangkan definisi seorang Melayu, bermakna “sesiapa, tidak kira dia berbangsa Melayu atau tidak, yang menganggap dirinya sebagai anggota masyarakat Melayu dan diterima sebagai seorang anggota masyarakat Melayu oleh masyarakat itu sendiri.”

Encik Chiam mahukan definisi lebih sesuai kerana kalau ikut definisi ini, semua orang boleh menjadi seorang ‘Melayu’.  “Jika orang Maori mengahwini orang Melayu di sini, dia pun boleh menjadi AP,” katanya. Pada masa itu, ESM Goh juga tak menafikan kenyataan itu.

Menteri Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang pada masa itu, S.Jayakumar, menjelaskan definisi yang diberikan sengaja dibiarkan fleksibel. Jawatankuasa yang terlibat dalam penulisan definisi itu pun telah berunding dengan AP Melayu yang lain terlebih dahulu.

Encik Chiam mengatakan dengan definisi ini, orang Eropah pun boleh dianggap ‘Melayu’. Kalau orang Eropah masuk parlimen sebagai AP ‘Melayu’, bagaimana kumpulan minoriti akan diwakili dalam parlimen nanti? Bukankah GRC ditubuhkan untuk pastikan setiap kumpulan masyarakat diwakili?

ESM Goh menjelaskan GRC ditubuhkan supaya orang Melayu diwakili di dalam parlimen. Jika orang Eropah diterima sebagai anggota masyarakat Melayu, mereka bebas untuk menjadi calon AP Melayu.

“Kalau masyarakat Melayu gembira, bagaimana boleh kami mengatakan tidak? Masyarakat Melayu telah menganggap mereka sebagai anggota masyarakat mereka sendiri.”

 

Sumber: The Straits Times

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments