NTUC Memberi Lebih Sokongan Untuk Para Karyawan

Hal Ehwal Teh-Kini

Kongress Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) telah melancarkan program baru untuk memberi sokongan kepada karyawan yang kehilangan pekerjaan. Dinamakan sebagai Pivot, program ini akan sedia membantu para karyawan yang telah diberhentikan kerja atau yang bakal kehilangan pekerjaan mereka. Mereka yang ingin menukar kerjaya kepada industri lain juga boleh menyertai program ini.

Ini adalah langkah baru dari beberapa inisiatif dengan bertujuan untuk membantu golongan karyawan terutama sekali dari peningkatan pemberhentian pekerja. Sukarelawan dari 16 industri telah menjalani sesi latihan oleh Persatuan Psikologi Singapura dan sedia membantu dalam program ini.

Gambar: NTUC

 

Melalui program ini, peserta akan dapat:

  • Meraih pengalaman dan sokongan emosi dari beberapa sukarelawan dalam industri tersebut
  • Bertemu jurulatih kerjaya untuk memperolehi nasihat
  • Menghadiri ceramah oleh persatuan industri
  • Mendapat latihan mengikut kemahiran masing-masing serta berpeluang dipadankan dengan pekerjaan jika sesuai

 

Penolong Ketua Pengarah NTUC, Encik Vivek Kumar, berkata Pivot akan membantu orang ramai dari segi peralihan, mengumpulkan karyawan yang sedang menghadapi cabaran berkaitan gangguan dalam sektor masing-masing. Ini termasuk yang dibuang kerja serta yang bakal kehilangan pekerjaan.

TehTarik.sg yakin bahawa program ini amat sesuai untuk menyertai kerana ia memberi peluang kedua untuk mencari sesuap nasi bagi keluarga yang sedang menanti di rumah. Dengan Singapura yang sering menuju ke ekonomi serba pantas, ramai akan berasa terkejut dan menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam pekerjaan baru. Ada juga yang berputus asa akibat tidak dapat menyesuaikan diri. Oleh itu, para sukarelawan akan membimbing peserta untuk menyediakan diri supaya mereka boleh menghadapai cabaran-cabaran yang sedia menanti.

Oleh itu, usah rasa bingung dan kecewa apabila kehilangan pekerjaan. Lihatlah sebagai peluang baharu yang sedang menanti kehadiran anda. Mana tahu, dengan program ini, anda boleh berjaya dari segi kehidupan dan alam pekerjaan.

Bagi yang berminat untuk menyertai program Pivot boleh ke laman web ini.

 

Sumber: Berita Harian

Comments