Netizens Tak Puas Hati – Kena Hentak Kayu Hoki, Cuma Minta Maaf Sahaja?

Sembang-sembang je

Dalam perlawanan sukan, memang ramai atlit-atlit sedia nak bersaing demi membawa pulang pingat untuk negara masing-masing. Kadang-kadang daya untuk menang itu begitu kuat sampai atlit itu mula bermain agresif.

Begitu lah anggapan para penonton di perlawanan hoki wanita antara Singapura dan Malaysia Rabu lalu. Sikap sukan penting untuk elakkan kecederaan dan mengekalkan persahabatan. Walaupun Singapura kalah 5-0, netizens naik darah melihat video pemain Malaysia menghentak anggota pasukan Singapura ini dengan kayu hokinya semasa perlawanan.

 

 

Teh Tarik salute sama Nur Syaheeza, pemain hoki yang dihentak itu, kerana sabar dan tidak bertindak agresif apabila kejadian itu berlaku. Malah, dia bangun kembali dan sambung semula bermain. Selepas semua berakhir, kedua-dua pemain itu sempat ambil gambar bersama dan ia dinaikkan ke Facebook pasukan Malaysia.

Niat baik bersahabat dan minta maaf ini pula dikecam netizens yang masih tak puas hati. Ada yang mengatakan kelakuan pemain Malaysia itu semasa perlawanan memang sengaja dan dia cuma berpura-pura minta maaf pasal aksinya sudah dirakam.

Antara komen-komen yang diberikan termasuk:

 

Bagi pemain sukan, bersaing itu penting untuk menguji kebolehan diri sendiri. Kalau menang dan menjadi kebanggaan negara, lagi bagus. Tetapi jangan terlalu khusyuk bermain sampai tidak mempedulikan orang dan kawasan di sekeliling kita.

Kepada netizens yang marah, agak-agak lah. Kalau kita kata dia minta maaf semua hanya setakat untuk tunjuk-tunjuk kepada media sahaja, di mana pula sikap sukan kita? Kadang-kadang perkara begini memang tidak sengaja. Sekurang-kurangnya pihak bersalah ambil masa untuk berbual dengan pemain terlibat dan buat baik selepas semua tamat.

Kejadian ini dah berlaku pun dan kita patut ucapkan tahniah kepada pemenang dan lupakan sahaja. Biarkan sahaja orang yang nak mengata. Yang penting, pemain hoki Singapura ini sihat dan tidak cedera. Takkan Syaheeza yang kena hentak ini dah rilek dan senyum-senyum, kita pula yang masih nak ungkit-ungkit cerita?

Sumber: Mustsharenews

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments