Netizen mengadu bahawa terdapat makanan di bazaar Geylang tidak halal

Hal Ehwal Teh-Kini

Halalfoodhunt merupakan sebuah lelaman web yang menyediakan maklumat pelbagai gerai, restoran ataupun kafe yang halal untuk para penganut Islam di Singapura. Sempena bulan Ramadan, pasukan Halalfoodhunt telah ke Bazaar Ramadan di Geylang Serai untuk mengenalpasti gerai-gerai yang tidak mempunyai pemilik beragama Islam ataupun tidak mempunyai sijil halal. Mereka menerbitkan sebuah artikel untuk mengongsi senarai yang telah dikumpulkan sebagai informasi kepada orang ramai. Namun, mereka menerima pelbagai maklum balas dari para netizen.

Ramai netizen dengan pantas menyebarkan maklumat oleh halalfoodhunt kepada keluarga dan teman-teman di Facebook dan juga di Whatsapp. Sementara ada yang berkongsi tanpa memberi sebarang pandangan, ada juga yang menunjukkan ketidakpuasan mereka kerana mereka merasakan bazaar Ramadan di kawasan Geylang Serai perlu dihadkan kepada mereka yang menjual makanan halal sahaja.

Namun sebegitu, halalfoodhunt telah menurunkan senarai-senarai gerai yang tidak menemui dengan syarat-syarat tertentu kerana ramai telah menyebarkan maklumat ini di Facebook dan Whatsapp secara tidak bertanggungjawab.

Gambar: Dipetik dari laman web halalfoodhunt. 

Ada juga memberi komen yang berbeza seperti tidak perlu kecoh kerana isu ini kerana makanan yang dijual di pasar malam pada tempat dan masa lain juga mempunyai pelbagai juadah dari penjual-penjual berbagai bangsa.

TehTarik tidak menggalakkan orang ramai untuk terus menghangatkan isu ini. Memang benar, masyarakat Melayu Islam Singapura amat menyayangi kawasan Geylang Serai yang penuh dengan sejarah. Secara semulajadi, masyarakat kita inginkan kekalnya bazaar Ramadan yang penuh dengan penjual Melayu Islam yang menjual makanan halal. Tetapi, apa yang nyata, perniagaan bazaar pada umumnya terbuka kepada sesiapa sahaja, tidak kira bangsa dan agama. Mungkin kerana peredaran masa, ramai peniaga berbangsa bukan Melayu, kini lebih cenderung untuk mendekati masyarakat kita. Apa yang penting, bagi umat Islam, kita diajar atau boleh mempelajari tentang cara-cara mengenalpasti makanan halal ketika membeli-belah. Jika ragu-ragu, kita tidak perlu marah kerana ini boleh membelahkan perpaduan masyarakat Singapura. Sebaliknya, kita boleh bertanyakan kepada pihak-pihak atau guru-guru yang bertauliah agar kita boleh dibimbing dengan cara yang lebih sempurna.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments