Muzmatch – Ini Tinder Versi Halal Ke…?

Sembang-sembang je

Ramai pernah cuba atau sekurang-kurangnya terdengar tentang wujudnya aplikasi Muzmatch. Kalau belum tahu lagi, Muzmatch ini satu aplikasi sosial untuk bertemu dengan orang Muslim berdekatan dengan anda yang belum lagi ketemu jodoh mereka.

Dalam aplikasi ini, anda boleh ubah suai maklumat di profil anda sendiri (bukan data biasa seperti umur dan nama sahaja tau! Boleh kongsi berapa kerap korang solat, kalau korang hisap rokok ke tak, atau bila korang rancang nak dirikan rumahtangga…).

Selain itu, anda boleh lihat profil pengguna lain dan tekan butang yang berikan indikasi bahawa anda minat dengan seseorang. Jika mereka tekan butang yang sama apabila melihat profil anda, kedua-dua akaun tersebut akan “dicantum” dan fungsi mesej akan tersedia untuk anda mulakan perbualan pertama.

Menurut lelaman Muzmatch, aplikasi ini halal, percuma dan seronok. (Hmm, apa maksudnya ‘halal’ dalam konteks ni eh?) Penggunanya boleh pilih untuk sembunyi atau kaburkan gambar di profil mereka hingga mereka benar-benar selesa dengan calon pasangannya. Mereka boleh beri calon itu kebenaran untuk lihat gambar mereka bila waktu sesuai. Kalau kurang yakin, pengguna boleh juga dapatkan sokongan seorang wali yang boleh membaca mesej antara pasangan dan pastikan hubungan itu selamat. Kalau ada masalah, laporan boleh segera dilakukan. Muzmatch juga sentiasa minta maklum balas tentang kadar khidmat diberikan.

Mesti ada sudah mula ragu-ragu dan fikirkan aplikasi ini sama seperti Tinder. Tinder adalah aplikasi popular seluruh dunia yang seringkali dikaitkan dengan niat pengguna untuk jalinkan hubungan tidak serius/seksual.

Memang betul, TehTarik tahu yang reka bentuk aplikasi ini serupa tetapi melihat ulasan pengguna Muzmatch… Nampaknya, setiap hari 30 orang henti menggunakan aplikasi itu kerana mereka berjaya kenali seorang calon pasangan!

Ramai kata kalau belum jumpa jodoh, kena berdoa dan usaha. Kalau aplikasi sosial seperti Muzmatch ini cara untuk kenali bakal calon pasangan pada zaman sekarang dan niat kita baik, tidak salah untuk mencuba. Tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang…

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments