Menurut Mendaki, Inilah Definisi Orang Melayu

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Kebelakangan ini isu definisi Melayu semakin mengembang. Lebih-lebih lagi setelah Anggota Parlimen (AP) Zainal Sapari mempertahankan kemelayuan Halimah Yacob sebagai calon presiden di Facebooknya. Dia gunakan definisi orang Melayu yang diambil dari Artikel 19B dari Konstitusi Singapura.

 

 

Namun, timbul lagi satu isu setelah post itu diterbitkan. Pengguna-pengguna Facebook mula mempersoalkan definisi Melayu antara organisasi di Singapura, terutamanya Mendaki.

 

 

AP Zainal Sapari jelaskan bahawa “bangsa anda tidak perlu kata ‘melayu’ di dalam NRIC atau sijil kelahiran untuk dianggap sebagai calon Melayu”. Ini mencetus pula isu Mendaki yang tidak bantu orang Islam yang bukan berbangsa Melayu mengikut NRIC.

Menurut lelaman web mereka, usaha Yayasan Mendaki ditujukan kepada golongan 30 peratus ke bawah dalam masyarakat Melayu/Islam.

Gambar berikut diambil dari lelaman web Mendaki:

 

 

Untuk Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS), Mendaki telah senaraikan 22 bangsa yang boleh dibantu. Mereka yang mempunyai dua bangsa seperti “Melayu-Arab” juga boleh dibantu jika bangsanya bermula dengan Melayu dahulu. Jika bangsanya “Arab-Melayu”, dia tidak layak untuk memohon bantuan.

Seorang penulis berita Yahoo Singapura, Encik Safhras Khan, juga menceritakan pengalamannya memohon wang pinjaman dari Mendaki untuk ke universiti. Dia mengambil Melayu sebagai bahasa ibundanya dan dia beragama Islam. Mendaki menolaknya kerana bangsanya Pakistani dan bukan Melayu. Dia disuruh meminta bantuan dari SINDA. Namun, SINDA juga menolaknya kerana dia bukan berbangsa India dan cadangkan dia merujuk kembali ke Mendaki.

Jadi, Mendaki mempunyai definisi ‘orang Melayu’ yang tersendiri?

Gambar berikut diambil dari lelaman web CPF:

 

 

Yang hairannya, jika anda orang Muslim, sebahagian gaji anda akan disumbang kepada Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF). Kita bantu mereka tetapi kita tidak layak untuk meminta bantuan?

Pada tahun 2011, isu Mendaki memberi bantuan khas kepada orang Melayu sahaja pernah dipersoalkan. Bila Mendaki dihubungi ketika itu, bahagian bantuan kewangan Mendaki memberitahu bahawa pemohon TTFS yang berbangsa Melayu sahaja yang layak. Mereka tidak menerima pemohonan dari pelajar yang berbangsa India atau yang lain. Bila ditanya mengapa orang Muslim berbangsa lain tidak dibantu, mereka memaklumkan yang subsidi itu khas buat orang Melayu kerana mereka merupakan bangsa asli Singapura.

Ramai yang tertanya-tanya jika definisi ‘orang Melayu’ ini diubahsuai apabila ia diperlukan lebih-lebih lagi dengan Pilihan Raya Presiden yang akan datang. TehTarik berpendapat sudah tiba masanya Mendaki dan SINDA berbincang untuk bantu mereka yang beragama Islam tetapi bukan berbangsa Melayu. Janganlah biarkan golongan ini berulang-alik dari pihak ke pihak. Kita semua kan rakyat Singapura? Mengenai Pilihan Raya Presiden pula, jangan lah terburu-buru nak mempersoalkan bangsa calon itu. Jangan kerana isu bangsa, kita lupa untuk melihat kebolehan dan pengalaman calon itu untuk mengetuai negara kita.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments