Membazir Ke Jika Renovasi Rumah Impian Berharga Hampir $100,000?

Hal Ehwal Teh-Kini

Satu program televisyen realiti tempatan menjadi topik perbualan baru-baru ini. Rancangan Designer In The House di saluran Channel 5 memberi pemilik rumah peluang untuk reka konsep rumah mereka dan bekerjasama dengan pereka dalaman supaya impian rumah mereka menjadi kenyataan. Pemilik rumah boleh merancang bajet dan jadual masa untuk renovasi itu diselesaikan.

Setelah beberapa episod disiarkan di televisyen dan online, pengguna Facebook mula tertanya-tanya tentang renovasi yang dilakukan. Oleh itu, TehTarik ingin mengulas dan bandingkan tiga buah rumah di dalam rancangan ini setelah renovasinya lengkap.

Rumah pertama merupakan rumah maisonette dan pemilik rumahnya minta konsep yang bergaya dan mengambil ilham dari era pertengahan abad…

Ruang Tamu:

 

Dapur:

 

Bilik Tidur Utama:

 

Bajet diberikan: $100,000

Bajet dicadangkan pereka dalaman: $120,000

Jumlah perbelanjaan terakhir: $140,000

 

Masa diberikan: 10 minggu

Masa untuk lengkap renovasi: 8 minggu

 

Perbelanjaan terakhir perlukan tambahan $40,000 dari bajet asal mereka tetapi sekurang-kurangnya renovasi lengkap dalam waktu diberikan.

 

Rumah kedua adalah rumah HDB yang dimiliki pasangan suami isteri Melayu. Mereka pula inginkan konsep bohemian dan ala-ala Morocco…

Ruang Tamu:

 

Dapur dan Ruang Makan:

 

Bilik Tidur Utama:

 

Bajet diberikan: $40,000

Bajet dicadangkan pereka dalaman: Lebih daripada $40,000

Jumlah perbelanjaan terakhir: $70,000

 

Masa diberikan: 8 minggu

Masa untuk lengkap renovasi: 9 minggu

 

Perbelanjaan terakhir melebihi bajet sebanyak $30,000 dan selesai renovasi 1 minggu lebih lama dari masa yang diberikan.

 

Bagi pasangan yang memiliki rumah ketiga, mereka ingin mempunyai rumah berkonsep minimalis dan mudah seperti gerai jenama Muji…

Ruang Tamu:

 

Dapur dan Ruang Makan:

 

Bilik Tidur Utama:

 

Bajet diberikan: $60,000

Bajet dicadangkan pereka dalaman: $70,000

Jumlah perbelanjaan terakhir: $95,000

 

Masa diberikan: 10 minggu

Masa untuk lengkap renovasi: 16 minggu

 

Perbelanjaan terakhir perlukan wang tambahan sebanyak $35,000 dan renovasi pula dihabiskan 6 minggu lebih lama dari masa yang diberikan.

 

Dalam setiap episod, pasangan yang memiliki rumah itu akan terkejut dengan jumlah perbelanjaan mereka tetapi akhirnya gembira dengan rumah yang telah disiapkan. Penonton rancangan ini berikan komen-komen mereka di Facebook. Ramai mengatakan renovasi dilakukan terlalu mahal dan tidak berbaloi tetapi ada juga yang katakan jumlah perbelanjaan itu realistik kerana reka konsep yang terperinci…

 

 

Orang Melayu selalu kata – rumahku, syurgaku. Kalau ada yang berkemampuan dan ingin renovasikan rumah, memang tiada masalah. Tetapi, dalam saat-saat ketegangan ekonomi dan kenaikan harga di Singapura, mengapa adakan rancangan yang seakan-akan sedang menggalakkan perbelanjaan berlebihan? Penonton pula mungkin akan terpengaruh untuk berbelanja supaya rumah mereka kelihatan lebih mewah walaupun rumah mereka sudah cukup sempurna. Sebenarnya sekarang, kita harus galakkan masyarakat kita untuk berjimat dan bersedia untuk masa depan.

 

Sebagai pemilik rumah, kita harus pandai merancang kewangan kita. Fikir masak-masak dahulu sebelum membuat keputusan. Adakah ini sesuatu yang kita mahu atau perlukan? Selidik terlebih dahulu reka rumah yang diinginkan dan syarikat pereka dalaman yang boleh dipercayai. Tentukan bajet untuk renovasi dan berbelanja mengikut bajet itu. Jangan kita belanja besar untuk rumah impian tetapi akhirnya habis duit simpanan!

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments