Maut kerana dihempap tiang besi

Hal Ehwal Teh-Kini

Seorang lelaki meninggal dunia akibat dihempap tiang besi sebanyak dua kali ketika dia sedang bekerja. Kemalangan ini berlaku pada 9 Mei 2017 di CWT Logistics Hub 3 di Tanjong Penjuru, Pioneer. Lelaki tersebut disahkan meninggal dunia oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di tempat kejadian. Beliau dipercayai seorang warga Malaysia.

Sebuah video yang telah dikongsi oleh orang ramai menerusi Whatsapp telah menunjukkan saat-saat terakhir pemandu lori tersebut.

 

Viewer Discretion Is Advised

 

Disebabkan kejadian ini, penggunaan trak angkat susun atau forklift di tempat itu telah dihentikan. Setakat ini, siasatan polis dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang dijalankan. Pemandu forklift itu sedang membimbing polis dalam siasatan ini.

TehTarik menggalakkan orang ramai untuk berhati-hati di tempat kerja. Walaupun anda sedang mencari rezeki untuk keluarga, jangan lupa untuk awasi apa yang ada di sekeliling anda.

 

Sumber: The Straits Times

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments