Masyarakat Melayu/Islam Kurang Hargai Manfaat Akta Pemindahan Organ Manusia (HOTA)

Hal Ehwal Teh-Kini

Walaupun sudah sedekad sejak warga Muslim disertakan dalam Akta Pemindahan Organ Manusia (HOTA), tahap kesedaran dalam masyarakat masih rendah. Orang ramai masih salah faham dan kurang pasti tentang proses pemindahan organ.

 

HOTA membenarkan ginjal, hati, jantung dan kornea seseorang yang meninggal dunia digunakan untuk pemindahan organ. Semua warga Singapura antara usia 21 dengan 60 tahun tergolong dalam akta itu kecuali jika mereka menarik diri.

 

Ustaz Irwan Hadi, ahli Jawatankuasa Fatwa MUIS, juga berpendapat jika seseorang digolong bagi HOTA dan sudah diisytiharkan sebagai kematian otak, ia “penting untuk keluarga memberikan sokongan kepada keluarga penderma supaya mereka dapat meredhakan hati mereka dan pada masa yang sama, merasa tenang akan keputusan untuk mendermakan organ-organ si mati kepada yang memerlukan kerana akhirnya dia akan bermanfaat, insya-Allah, kepada yang hidup dan juga pada yang menderma.”

 

21% daripada senarai menunggu untuk pemindahan adalah anggota masyarakat Islam. Namun, hanya 2% daripadanya merupakan penerima sah.

 

“Kadang-kadang, pesakit yang terbaring di katil hospital itu berterusan dalam keadaan mereka biarpun mereka boleh mendapat bantuan yang lebih iaitu dari segi menjalankan HOTA ataupun seterusnya,” kata Dr Norhisham Main, seorang perunding kanan, perubatan geriatrik & paliatif. Antara faktor penyebabnya ialah pergaduhan antara ahli keluarga akibat konflik pandangan tentang pemindahan organ.

 

Di Singapura, masa menunggu untuk pemindahan organ adalah antara 10 hingga 15 tahun bagi mereka yang pilih untuk tarik diri dari HOTA. Tempoh itu boleh dipendekkan sebanyak lima hingga tujuh tahun sekiranya terdapat golongan penderma berpotensi yang lebih besar. Penting untuk kita sebarkan mesej sokong HOTA demi meringankan beban mereka yang menanggung derita menanti pemindah organ.

 

Sumber: Berita Mediacorp

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments