Masalah Rumah Tangga Seorang Muallaf Bersama Imam di Singapura Terdedah

Sembang-sembang je

Seorang wanita, Puan Alisha Mariam, telah memulakan satu usaha mengutip derma untuk mendapatkan khidmat seorang peguam kerana bekas suaminya, seorang Imam di Singapura, tidak memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa.

Menurut Alisha, pada tahun 2012, dia telah berkenalan dengan seorang ‘Imam Besar’ dan mereka mula bercinta dalam diam sehingga tahun 2015. Dalam satu percutian mereka ke KL pada tahun 2015, Imam itu menyuarakan hasratnya supaya Alisha memeluk agama Islam dan Alisha bersetuju.

Dalam perjalanan pulang dari KL, Imam tersebut memberitahu Alisha bahawa dia sebenarnya akan mengahwini seorang wanita Singapura. Bapa bakal isterinya merupakan seseorang yang terkemuka di kalangan masyarakat Melayu-Islam. Tetapi, pada waktu itu juga, Alisha ketahui dia hamil lagi.

Alisha hamil kali pertama pada tahun 2013. Akibat berlainan agama dan ingin menjaga reputasinya sebagai seorang yang disegani dalam masyarakat Islam, Imam itu menyuruhnya gugurkan kandungan. Alisha setuju.

Kali ini, Alisha tidak ingin menggugurkan kandungannya walaupun diminta Imam dan isteri barunya. Oleh itu, Alisha dan Imam itu pun ke Thailand untuk bernikah dengan satu syarat; Alisha harus berdiam tentang pernikahan tersebut. Alisha kemudian pulang ke negara Philippines untuk melahirkan anaknya, dan Imam tersebut juga telah ke sana untuk melawat anak lelakinya.

 

Sumber gambar: Give.asia (Seeking Justice for Abandon Mother and Kid for Lawyer Fees)

Alisha mendakwa suaminya tidak memberikan nafkah dan tidak ingin menjaga anaknya. Imam tersebut juga mendera Alisha apabila ditanya tentang anaknya. Perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian menerusi SMS oleh Imam tersebut.

Menurut dokumen yang dimuatnaikkan oleh Alisha, Imam tersebut bernama Abdul Hakeem Muhammad. Seorang netizen juga mengatakan bahawa Imam tersebut telah meletak jawatannya di Masjid Sultan.

Baru-baru ini, usaha mengutip derma Alisha telah diturunkan. Menurut kenyataan Alisha di Facebook, pasangan tersebut telah menghantar surat peguam dan menyuruhnya cari seorang peguam kerana ingin ambil tindakan undang-undang terhadap Alisha. Alisha juga dikatakan menyebabkan kekecohan di laman sosial dan diminta untuk hentikan perbuatan itu.

TehTarik serahkan kepada pakar-pakar yang terlibat untuk cari cara penyelesaian yang terbaik. Namun, ada yang tidak kena dengan cara Alisha mengongsikan masalahnya.

  1. Mengapa Alisha menyuarakan isu rumahtangganya di media sosial? Perbuatan tersebut hanya merumitkan masalah dan mendatangkan fitnah. Yang terbaik adalah untuk meminta bantuan daripada Mahkamah Syariah ataupun Darul Arqam. Pertubuhan-pertubuhan ini akan sedia membantunya dan memberi nasihat yang diperlukan.
  2. Selain itu, perbuatannya dengan sekali gus menjejaskan reputasi bekas suaminya, keluarga dan kenalan-kenalan mereka serta dirinya sendiri. Semua pihak seharusnya prihatin terhadap reputasi anaknya yang masih kecil dan berusaha untuk memastikan anaknya akan terjaga dengan baik di sebalik kesilapan mana-mana pihak. Seringkali dalam pertikaian antara suami isteri, pihak yang tidak diberikan tumpuan ialah anak mereka sendiri kerana si suami isteri terlalu mengikutkan perasaan.

Kami harap semua pihak akan berdamai dan Alisha dapat mencari jalan penyelesaian yang diingini. Walaupun kita boleh menyuarakan pandangan kita di media sosial dengan mudah, seperti Alisha, cara ini juga perlu ada batasan. Kerana apa yang kita suarakan boleh merumitkan lagi keadaan dan bukan menyelesaikan.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments