Masakan Zhichar dimasak oleh seorang Muallaf

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Singapura merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan seringkali pada waktu makan tengah hari, ramai akan beratur di gerai makanan mengikut citarasa masing-masing. Namun, bagi seorang pengguna Facebook, Encik Tee Tony, waktu untuk makan tengah hari di Tuas tiga minggu lalu agak berbeza.

 

Sedang dia mencari makanan untuk waktu tengah hari, Tony menjumpai sebuah gerai yang mempunyai pelbagai kaum berbilang bangsa yang sedang beratur di sana. Menurutnya, dia amat terpegun apabila melihat seorang tukang masak beragama Islam yang memasak lauk-lauk dengan kuali yang berapi, ala-ala masakan Cina. Dia juga melihat menu yang disediakan dan terpegun sekali lagi apabila melihat adanya pelbagai masakan zhicar Cina.

Sumber gambar: Tee Tony 

 

Tony kemudian beratur dan membeli Black Pepper Beef Rice Set yang berharga $4.50. Kerana keunikan tukang masak yang beragama Islam itu, Tony menunggu berdekatan dengan gerai tersebut kerana ingin berbual dan lebih mengenali tukang masak ini.

Tukang masak tersebut, Muhammad Ridhuan Kho, merupakan seorang bangsa Cina yang memeluk agama Islam pada tahun 2012. Dengan ini, dia telah mereka semula masakan zhichar secara Halal apabila dia membuka gerainya sendiri.

Sumber gambar: Tee Tony 

 

Orang ramai boleh mengunjungi gerai Ridhuan di alamat tersebut:

Ridhuan Muslim Delights

25 Benoi Road

Good Time Coffee Shop (Stall No. 3)

 

Isnin-Jumaat – 10 pagi hingga 6.30 petang

Sabtu – 10 pagi hingga 2 petang

Ahad – Tutup

 

Menarik juga bila TehTarik membaca kisah yang dikongsi oleh Tony. Kalau boleh, kami juga ingin cuba lauk zhichar yang dimasak oleh Ridhuan bersama secawan teh tarik!

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments