Mangsa Dipijak Kepala Berkali-kali Akibat Kes Bertentang Mata

Hal Ehwal Teh-Kini

Hujung minggu lalu, sebuah video serangan di Golden Mile Complex tersebar. Seorang lelaki, 22 tahun, memijak kepala dan memukul mangsanya berkali-kali. Mangsanya terbaring di lantai dan tidak bergerak sepanjang rakaman itu. Serangan itu didapati berlaku pada Rabu lalu sekitar 3 pagi.

 

Pada malam kejadian itu, suspek sedang keluar makan bersama rakannya. Serangan itu bermula apabila mangsa dan suspek bertentangan mata semasa dalam perjalanan ke bilik air. Setelah memukul mangsa, suspek tumbuk rakan mangsanya pula. Kini, mangsa telah keluar dari Hospital Tan Tock Seng dan lelaki tersebut telah ditangkap atas mengakibatkan cedera parah dengan sengaja.

 

Berikut adalah video rakaman serangan itu:

 

 

 

Nasihat TehTarik kepada orang ramai ialah supaya sentiasa awas keadaan sekeliling. Walaupun sekarang tahun 2017, masih lagi ada kes gaduh dan serangan hanya kerana kejadian bertentang mata. Biar ini jadi satu iktibar. Jangan cemarkan masa depan sendiri hanya kerana tidak dapat kawal perasaan dan berkelakuan gangster.

 

Bagi orang ramai, jika ternampak kejadian seperti ini, tindak cepat dan telefon pihak polis. Jangan kecam orang yang rakamkan kejadian ini kerana tidak bantu mangsa itu. Dengan video viral ini juga lah pihak berkuasa dapat bukti kukuh untuk tangkap suspek dengan pantas.

 

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments