Makanan Dan Minuman Untuk Bantu Senang Tidur

Sembang-sembang je

Ramai orang Singapura suka kerja, kerja, kerja sampai tidak cukup tidur. Timbul masalah lagi bila ada masa untuk rehat tetapi susah nak tertidur pula. Ini senarai makanan yang boleh diambil untuk tidur dengan lebih baik:

#1 TEH HIJAU, HITAM DAN PUTIH

Teh mempunyai L-theanine, asid amino yang merangsang tubuh untuk rehat, dan ia berikan khasiat kepada sistem saraf. L-theanine juga tingkatkan gelombang alpha dalam otak yang bantu tubuh berehat. Jika diminum, mutu tidur anda akan dipertingkat dan anda akan kurang rasa resah. Memang teh ada kandungan kafeina tetapi kesannya dikurangkan oleh L-theanine. Cuba ikut mak jalan-jalan pergi pasar raya, tapi kali ni jangan beli kopi, pilih teh pula. Tipu lah kalau rumah Melayu tak pernah minum Teh Lipton!

#2 LEMON, LIMAU DAN OREN

Vitamin C dalam buah-buahan sitrus dapat tingkatkan sistem imun tubuh dan ia juga berkhasiat untuk kelenjar adrenal. Ini akan buatkan tubuh kita jadi tenang dan bantu kurangkan keresahan dan tekanan supaya dapat tidur malam dengan lebih senang. Vitamin C mencegah ingatan daripada menjadi rosak dan mengekalkan antioksidan dalam otak pada paras normal, yang biasanya berkurangan disebabkan kurang tidur. Untuk permulaan, cuba lah minum jus buah tu. Jangan pula beli air sirap limau manis kat kedai kopi dan terus ingatkan boleh tidur eh!

#3 KAYU MANIS

Seperti teh, kayu manis juga berkhasiat bagi sistem saraf. Ia meredahkan paras gula dalam darah. Bagi mereka yang hadapi insomnia atau masalah tidak boleh tidur malam, antara penyebabnya ialah tekanan darah yang naik secara tiba-tiba dan menyebabkan anda terbangun. Kayu manis ni bahan versatile, boleh diletak dalam minuman atau makanan. Apa lagi? Cuba lah.

#4 HALIA

Halia ini tonik bagus untuk sistem saraf dan penghadaman. Menurut kajian, halia melekap pada penerima serotonin otak yang berikan kesan tenang ke atas keresahan. Serotonin adalah pengutus saraf yang wujudkan rasa selesa kepada otak. Kali ni pergi kedai kopi beli teh halia, tak beli Teh Tarik tak mengapa. Jangan cakap kita tak ambil berat tentang pembaca kita.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments