Macam Mana Nak Tahu Jika Terbeli Susu Tepung Tiruan?

Hal Ehwal Teh-Kini

Enfagrow A+ Malaysia telah keluarkan kenyataan supaya pelanggan dapat kenal pasti susu tepung formula tiruan yang dijual di Johor Baru. Produk terjejas hanyalah Enfalac A+ Step 1 dalam kotak 1.8 kilogram, yang mempunyai tiga bungkusan setiap kotak.

 

 

Cara paling senang untuk kenal pasti produk tiruan adalah untuk teliti setiap bungkusan. Bungkusan Enfalac A+ Step 1 asli lebih ‘tebal’ manakala tiruannya amat padat dengan tepung. Bungkusan tiruan ada garisan yang tajam di kedua-dua bahagian yang tidak didapati pada bungkusan asli.

 

Produk susu ini hanya dijual di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari. Hanya 210 bungkusan tiruan ditemui tetapi siasatan sedang dijalankan.

 

Jika pengguna menemui bungkusan produk tiruan, mereka diminta hubungi khidmat pelanggan Mead Johnson, pembekal produk itu, di talian 1800 88 3585 (dari Isnin hingga Ahad 9.00 pagi hingga 9.00 malam) untuk laporkan kes dan terima produk baru. Talian itu masih boleh dihubungi jika bungkusan produk itu telah dibuka.

 

Pelanggan dinasihatkan untuk melindungi diri mereka sendiri dengan membeli makanan daripada sumber-sumber yang diyakini, seperti pasar raya dan peruncit utama. Berhati-hati jika beli makanan dari luar negara atau secara online dan jika ada rasa ragu-ragu, lebih baik jangan beli!

 

Sumber: CNA

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments