Macam Mana Nak Menjadi Calon Pekerja Terlayak

Sembang-sembang je

Adegan kerja di Singapura tidak pernah tetap. Mungkin sekarang kemahiran kita relevan, tetapi esok lusa, belum tentu kita dapat memenuhi permintaan pekerjaan. Dengan adanya pertandingan ekonomi, penstrukturan semula dan kemajuan teknologi, kita digalakkan untuk turut tingkatkan diri sendiri supaya kita mempunyai kelebihan berdaya saing. Artikel ini mengetengahkan langkah-langkah berguna bagi membina sikap ingin sentiasa menaikkan taraf kemahiran diri sendiri dalam pekerjaan.

 

#1 Pilih Dan Kenali Bidang Kerja Anda Dengan Lebih Mendalam

(Sumber: GoodMigrations.com)

 

Sebelum kita mula meningkatkan diri untuk alam pekerjaan yang sentiasa berubah, kita perlu mengenali bidangnya dulu. Perkara-perkara yang membentuk bidang pekerjaan anda sekarang mungkin berbeza dengan dahulu. Skop pekerjaan anda sekarang mungkin merangkumi tanggungjawab lain dan memerlukan kemahiran yang berbeza sementara ada kemahiran yang mungkin tidak diperlukan lagi.

 

Menurut Pengarah Serantau Adecco SEA, Cik Lynne Ng, sebuah syarikat sumber manusia, kita memerlukan perancangan teliti dan sifat proaktif mencipta semula diri sendiri.

 

Beliau berkata: “Cara terbaik untuk kekal relevan adalah mencari kerja yang mengghairahkan anda. Jika anda cinta akan kerja, anda akan terdorong untuk selalu memperbaiki kemahiran dan pengetahuan anda secara automatik. Berkekal relevan akan menjadi sesuatu yang semula jadi, bukan tugas yang membebankan.”

 

#2 Kenali Kemahiran Kerja Yang Diingin Majikan

 

(Sumber: HerstWellness.com)

 

Walaupun setiap pekerjaan memerlukan kemahiran khusus yang tertentu, iaitu kemahiran keras (hard skills), kemahiran lembut (soft skills) turut menambah kepentingannya kepada majikan. Ia penting untuk selidik kemahiran-kemahiran yang patut kita mempunyai bagi persiapan diri supaya kita menjadi calon pekerja yang layak diambil majikan.

 

Menurut penyelidikan oleh Adecco.com, kemahiran lembut seperti perundingan, pengurusan konflik, komunikasi, kebolehan mendengar, perangkaian dan persembahan idea kini hampir sama pentingnya dengan kemahiran keras. Berbanding kemahiran keras yang boleh dipelajari menerusi pendidikan di peringkat pos-menengah, kemahiran lembut itu dipelajari dengan terbaik menerusi amalan seharian serta contoh daripada orang di sekeliling kita. Ia lebih mampu memperbaiki diri kita secara holistik dan melampaui batas tempat kerja.

 

(Sumber: JobTech.sg)

 

Mengetahui kemahiran keras yang diperlukan dan bidang pekerjaan yang akan sentiasa berkembang di Singapura harus dipertimbangkan. Merujuk ke sebuah artikel oleh MichaelPage.com.sg, sektor-sektor digital, teknologi dan penjagaan kesihatan dijangka membesar dengan paling cepat di Singapura. Pemerintah kita pun sudah berikrar untuk merangsang pelaburan dalam ketiga sektor tersebut. Justeru, kemahiran teknologi maklumat, analisis data, perakaunan, pemasaran, penyelidikan dan pembangunan, serta penjagaan kesihatan dan sains hayat sangat diinginkan oleh majikan.

 

#3 Tingkatkan Taraf Kemahiran Kerja Anda

 

Setelah mengenali kemahiran keras dan lembut yang diinginkan majikan, langkah seterusnya adalah untuk memenuhi jurang-jurang dalam kemahiran kerja anda. Banyak kursus dan bengkel sudah lama disediakan di Singapura, namun yang paling penting adalah untuk mengambil inisiatif dalam mencari serta menyertai diri anda.

 

 

Sejak tahun 2016, pemerintah Singapura telah mengadakan SkillsFuture, sebuah pergerakan kebangsaan bertujuan memberi peluang kepada semua warga negara, tanpa mengira usia atau peringkat kehidupan, untuk capai potensi sepenuh mereka.

 

SkillsFuture Series adalah senarai program latihan berkaitan dengan kemahiran yang baru muncul. Setakat ini, lapan kategori telah ditentukan: analisis data, kewangan, perkhidmatan teknologi, media digital, keselamatan siber, keusahawanan, pembuatan termaju dan penyelesaian bandar. Beratusan kursus dan bengkel sudah sedia ada, dibahagikan kepada tiga tahap kecekapan:

 

  1. Asas: untuk pelajar yang mempunyai pengetahuan yang terhad atau tiada langsung dalam bidang tersebut.
  2. Pertengahan: untuk pelajar yang mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang bidang tersebut.
  3. Maju: untuk profesional berpengalaman yang ingin mendalamkan kemahiran mereka dalam bidang yang khusus.

 

Anda hanya perlu membayar kos dengan menggunakan SkillsFuture Credit sebanyak $500 yang diberi setiap tahun bagi semua warga Singapura berusia 25 tahun ke atas. Senang kan? Tak perlu keluarkan satu sen dari wang simpanan pun. (Tiada alasan untuk tidak melanjutkan pelajaran anda ye!)

 

#4 Mengemas Kini Resume Anda

 

Setelah menjalani kursus dan bengkel yang tertentu, anda kini dilengkapi dengan kemahiran kerja baru yang meningkatkan tahap relevan anda. Tibalah masanya untuk anda menyerlahkan kelebihan anda menerusi resume dan portfolio yang ringkas lagi menyeluruh. Menurut penyelidikan oleh TheLadders.com, para majikan hanya membelanjakan selama 6.25 saat untuk melihat resume seorang calon sebelum memutuskan sama ada dia layak bekerja. Ini memang prospek yang wajar merisaukan!

 

(Sumber: Piktochart.com)

 

Jadi, ucapkan selamat tinggal kepada Word Document dan mula menggunakan cara-cara lebih kreatif untuk menyediakan resume anda seperti Piktochart, Canva, dan juga laman web Wix. Yang paling best, kesemua perkhidmatan tersebut adalah percuma. Dapatkan inspirasi di sini!

 

Tiada alasan untuk kita sebagai masyarakat Melayu Singapura untuk ketinggalan dalam pekerjaan kerana pelbagai peluang sudah disediakan untuk kita. Bak kata pepatah, knowledge is power. Kuasa untuk meningkatkan kemahiran kerja supaya kekal relevan adalah dalam tangan kita sendiri.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments