LTA Akan Pasang Dan Uji Kamera Trafik Baru

Hal Ehwal Teh-Kini

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan uji sistem kamera dan alat perhubungan baru di ekspreswe dan jalan raya utama dari sekarang hingga 2019. Sistem kamera Pengecaman Automatik Plat Kenderaan (ANPR) akan bantu merakam nombor plat kenderaan dengan lebih tepat. Alat Perhubungan Jarak Dekat Khusus (DSRC) juga dipasang untuk tingkatkan ketepatan kedudukan bagi sistem navigasi.

 

Teknologi ini tidak memerlukan infrastruktur berat dan akan dipasang pada infrastruktur di tepi jalan yang sedia ada, seperti jejantas, papan tanda gantri, tiang lampu dan gantri Sistem Makluman Pemantauan Ekspreswe (EMAS). Alat ujian akan dipasang di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE), Ekspreswe Pantai Marina (MCE), Ekspreswe Tengah (CTE), Ekspreswe Tampines (TPE) dan Nicoll highway.

 

Berikut adalah maklumat lanjut dari CNA:

 

Selain infrastruktur, peralatan juga akan dipasang pada kenderaan dan digunakan di beberapa kawasan, termasuk Tuas South, dari April tahun ini sebelum diperluaskan merata Singapura.

 

 

Sistem baru ini akan membolehkan para pemandu dikenakan bayaran mengikut jarak yang dipandu di jalan raya sesak supaya gantri fizikal tidak lagi diperlukan.

 

Sumber: CNA

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments