“List dalam budak baju ade name i Tengah naik”

Sembang-sembang je

“List dalam budak baju ade name i Tengah naik” ???Artikel penuh: http://tehtarik.sg/list-dalam-budak-baju-ade-name-i-tengah-naik/#.WNJVnTt9602#tehtarik #tehtariksg #singapore #singapura #malay #melayu #remaja #budakbaju

Posted by TehTarik.sg on Wednesday, 22 March 2017

 

Baru-baru ini, video dua remaja telah menjadi viral. Dalam video tersebut, seorang remaja lelaki sedang berbual tentang statusnya sebagai ahli kongsi gelap dan seorang remaja perempuan yang duduk disampingnya sedang menyuapkannya makanan.

 

Antara apa yang diperbualkan temaja lelaki tersebut termasuk, “List dalam budak baju ada nama I tengak naik.”

 

Ini kes kelakar seram.
Seram, sebab agak jelas yang remaja ini suka dengan statusnya sebagai ahli kongsi gelap yang semakin cemerlang. Ibu bapa di luar sana yang dah tonton video ini mesti risau kalau ini lah yang dibanggakan dan dikejarkan remaja-remaja sekarang.

 

Kelakar, sebab ramai tertanya-tanya…dia tak boleh makan sendiri ke? Ramai netizen pun beri anggapan bahawa mereka ni ‘couple’. Ada juga mengkritik…kenapa gunakan tangan kiri untuk suapkan? Let’s just give her the benefit of the doubt. Mungkin dia tangan kidal. Dan mungkin dia kakak atau adik si lelaki. Tak salah kalau suapkan adik-beradik sendiri, ye tak?

Video ini pun jelas sengaja dirakamkan lelaki itu sendiri. Tujuannya? Entah. Adakah untuk menjadi terkenal? Mungkin untuk tunjukkan kawan-kawannya yang masih lagi di bawah ‘list’?

Sama ada kita terima atau tidak, ini menunjukkan sedikit sebanyak tentang generasi remaja kita. Bukan semua, tapi segelintir yang ada tumpuan hidup yang serupa dengan remaja lelaki ini.

 

Bayangkan, kalau lebih ramai ahli kongsi gelap ikut serta dalam rakaman video seperti ini di laman sosial.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments