Liputan Seragam SAF Dedahkan Sikap Orang Singapura

Sembang-sembang je

Baru-baru ini Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) memperkenalkan seragam baru yang kalis api, lebih menyerap peluh dan lebih cepat kering berbanding pakaian seragam sebelum ini. Ini satu usaha untuk mencegah kecederaan haba.

Pengumuman seragam baru ini dibuat selepas satu semakan Pengurusan Kecederaan Haba. Isu ini diberi perhatian selepas seorang perkhidmatan negara sepenuh masa meninggal dunia hampir dua bulan lalu selepas menunjukkan tanda-tanda kecederaan haba.

Reaksi warga Singapura? Menghampakan.

 

 

Ada sahaja mereka ingin katakan tentang reka seragamnya, tentang anak-anak lelaki Singapura dimanjakan dalam Perkhidmatan Negara, tentang perbelanjaan wang negara… Tetapi, seorang pengguna Facebook, Daniel Ong, mengambil peluang ini untuk bersuara tentang kelakuan orang Singapura yang kurang reti bersyukur.

Dia setuju bahawa memang seragam baru itu tidak seberapa dari segi warna dan rupa tetapi dia tidak dapat terima komen orang ramai apabila mereka berpendapat bahawa ia sesuatu perubahan yang tidak masuk akal. Dia ungkit kembali kisah seorang anggota perkhidmatan negara yang meninggal akibat strok haba dan bagaimana orang ramai tidak berpuas hati ketika peristiwa itu. Sekarang pula apabila SAF mengambil tindakan untuk mencegah kejadian seperti ini daripada berulang lagi, ramai mula mengecam mengikut sesuka hati. Dia menekankan bahawa apabila pemerintah tidak lakukan apa-apa, ramai merungut. Apabila mereka ambil tindakan, kita tetap merungut. Sikap ini lah yang menghindari negara kita daripada kemajuan.

(Sumber: Facebook/Daniel Ong)

 

Status Facebooknya menjadi viral dan dikongsi lebih 2,000 kali. Walaupun ramai menyokong pendapatnya, ada yang juga mengatakan bahawa mereka merungut kerana apa-apa perubahan merupakan satu penghinaan kepada askar-askar generasi dahulu yang harus menghadapi segala masalah dan cabaran ketika mereka menjalani Perkhidmatan Negara.

TehTarik rasa… tak akan ada kemajuan kalau masyarakat tak menyokong perubahan seperti ini. Kalau pandangan yang dilemparkan tidak bernas, ia tak akan mengubah apa-apa pun.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments