Lima fakta menarik tentang Allahyarham Othman Wok yang anda mungkin belum tahu

Hal Ehwal Teh-Kini

Baru-baru ini, Singapura telah dikhabarkan dengan berita pemergian mantan Menteri Hal Ehwal Masyarakat dan anggota Kabinet pertama Singapura, Allahyarham Othman Wok. Beliau telah meninggal dunia pada 17 April 2017 ketika berusia 92 tahun.

Untuk memperingati Allahyarham Othman Wok, TehTarik telah mengumpul lima fakta tentang beliau:

 

  1. ORANG LAUT

Gambar: National Library Board, Singapore

 

Ibu bapa Othman Wok, Wok Ahmad dan Embon Mohamed, berketurunan Orang Laut. Orang Laut merupakan salah satu daripada masyarakat Orang Melayu yang datang untuk tinggal di kawasan perairan Singapura untuk bekerja dan menyara kehidupan keluarga-keluarga mereka.

 

  1. FASIH DALAM BAHASA JEPUN

Gambar: The Straits Times

 

Pada zaman penjajahan Jepun (1942-45), bapa Othman Wok risau jika anaknya akan dipaksa untuk memasuki anggota tentera Jepun. Disebabkan itu, bapanya menghantarnya ke sebuah sekolah Jepun. Setelah tamat persekolahannya, Othman bekerja di sebuah makmal “anti-plague” Jepun dan juga sebagai seorang penyelia di Harbour Board (syarikat perlabuhan kapal).

 

  1. SUKA MENULIS CERITA PENDEK

Gambar: The Straits Times

 

Othman sering menulis beberapa koleksi cerita pendek untuk majalah sekolahnya iaitu Institusi Raffles. Beliau juga mempunyai minat untuk menulis beberapa kisah seram selepas mendengar cerita-cerita yang dikongsi oleh orang-orang dewasa semasa beliau kecil.

 

  1. WARTAWAN

Gambar: The Straits Times

 

Salah satu daripada pengasas Utusan Melayu, Encik Yusof Ishak, memberi Othman tawaran untuk menjadi seorang wartawan. Othman mengambil peluang tersebut. Ini juga memberi Othman peluang untuk mendapat sebuah diploma dalam bidang kewartawanan di London menerusi Biasiswa Pembangunan Kolonial.

 

  1. PEMBANGUNAN MUIS

Gambar: The Straits Times

 

Othman juga melibatkan dirinya untuk menubuhkan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada tahun 1968. Beliau melihat pembangunan MUIS sebagai pencapaian terbesar untuk masyarakat Islam di Singapura. Beliau juga mengenalkan pendaftaran wajib untuk sesiapa yang ingin menunaikan Haji supaya mereka boleh mendapat khidmat perubatan dan kebajikan. MUIS juga akan membantu untuk mendapatkan penerbangan dari Singapura ke Mekah untuk ibadah Haji.

 

TehTarik berasa amat kagum dengan keteguhannya untuk membina sebuah masyarakat yang lebih kukuh. Semoga kejayaan dan kegigihan Allahyarham Othman Wok akan terus diperingati. Semoga roh Almarhum Othman Wok akan sentiasa dilindungi Allah.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments