Lelaki Melayu Kurang Sedar Tentang Barah Prostat

Sembang-sembang je

Menurut pakar doktor, kesedaran tentang barah prostat di kalangan lelaki Melayu masih rendah lagi dan kaum Adam kita juga tidak proakftif untuk buat pemeriksaan barah prostat. Barah prostat merupakan barah keempat paling lazim di kalangan lelaki Melayu. Pada tahun 2015, lebih 2,700 lelaki Melayu menghidap pelbagai penyakit barah. Daripada jumlah itu, lebih 250 kes merupakan kes barah prostat.

 

Konsultan Kanan Jabatan Urologi Hospital Besar Singapura (SGH), Dr Nor Azhari Mohd Zam, juga berkongsi bahawa sebilangan lelaki hanya tampil buat pemeriksaan kesihatan selepas disuruh keluarga atau sesudah didiagnos mungkin menghidap penyakit tertentu.

 

Bagi kaum lelaki yang mempunyai sejarah keluarga seperti bapa, pakcik atau abang yang menghidapi barah prostat, atau jika berusia lebih daripada 50 tahun dan mempunyai masalah buang air kecil, haruslah buat pemeriksaan dan ambil langkah sewajarnya untuk mencegah penyakit ini.

 

Tanda-tanda penting yang perlu diperhatikan ialah masalah buang air kecil seperti saluran kencingnya tersumbat atau dia dapati bahawa aliran air kencingnya kurang deras. Kadang-kala, seseorang itu boleh rasa kerap hendak ke tandas untuk buang air kecil dan rasa kesakitan waktu membuang air kecil. Jika barah prostat dibiarkan ke tahap selanjutnya, ia akan menjejas tulang dan organ-organ si penyakit,

 

 

Sumber: BERITAMediacorp

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

 

Comments