Lelaki Curi Kad Tunai Daripada Motosikal-Motosikal Di Woodlands

Hal Ehwal Teh-Kini

Seorang lelaki diberkas Selasa lepas kerana mencuri kad tunai daripada motosikal di tempat letak kereta bertingkat di Woodlands, kata polis.

 

Dengan menggunakan rakaman CCTV, identiti suspek dapat diketahui dan dia ditangkap di Woodlands Square. Pihak polis juga merampas kad tunai yang telah dicurinya. Jika didapati bersalah, dia akan dipenjarakan selama tiga tahun dan/ataupun dikenakan saman.

 

Untuk elak pencurian dari kenderaan, Pasukan Polis Singapura (SPF) nasihatkan pemilik kenderaan supaya:

  • Pasang sistem penggera anti-kecurian
  • Jangan tinggalkan barang-barang berharga seperti wang tunai dan telefon bimbit di dalam kenderaan
  • Kunci pintu kenderaan dan tingkap setelah keluar dari kenderaan di tempat letak kereta
  • Letak kenderaan anda di tempat-tempat yang terang
  • Berhati-hati jika ada sesiapa yang mencurigakan dan hubungi polis, jika perlu

 

Sumber: CNA/BeritaMediacorp

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments