Lebih Murah Ke Berbelanja Di IKEA Johor Bahru dari IKEA Singapura?

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Bulan lalu, IKEA buka cawangan terbesarnya di Asia Tenggara di Johor Bahru. Ia juga cawangan IKEA pertama di daerah Selatan Malaysia. Ramai warga Singapura datang berbelanja tetapi soalannya, memang betul ke produk sama di sini lebih rumah di seberang Causeway? Jom, bandingkan!

FJELLSE Bingkai Katil

Harga di JB: 199 MYR (65 SGD)

Harga di Singapura: 69 SGD

 

MALM Bingkai Katil, tinggi, serta 4 kotak simpanan 150x200cm

Harga di JB: 1,349 MYR (444 SGD)

Harga di Singapura: 739 SGD

 

MAMMUT Tempat Duduk Kanak-Kanak, biru gelap

Harga di JB: 17.90 MYR (6 SGD)

Harga di Singapura: 9.90 SGD

 

BILLY Rak Buku, 200x202x28cm

Harga di JB: 976 MYR (321 SGD)

Harga di Singapura: 376 SGD

 

HEKTAR Lampu 3-bahagian, putih

Harga di JB: 249 MYR (82 SGD)

Harga di Singapura: 129 SGD

 

VIMLE Sofa Dengan 2 Tempat Duduk, Kuning Keemasan

Harga di JB: 1,930 MYR (635 SGD)

Harga di Singapura: 680 SGD

 

MICKE Meja, putih, 142x50cm

Harga di JB: 349 MYR (115 SGD)

Harga di Singapura: 119 SGD

 

LÅNGFJÄLL Kerusi Beroda, kelabu gelap, putih

Harga di JB: 579 MYR (191 SGD)

Harga di Singapura: 229 SGD

 

INGATORP / INGOLF Meja Makan Boleh Dipanjangkan, hitam coklat, 155cm

Harga di JB: 2,170 MYR (714 SGD)

Harga di Singapura: 799 SGD

 

SLADDA basikal

Harga di JB: 1,999 MYR (658 SGD)

Harga di Singapura: 899 SGD

 

 Amacam?

Dari senarai ini, nampaknya memang lebih murah di Johor tetapi diskaun yang diberikan pun tidak sama rata bagi semua produk. Ada yang hampir 40% lebih murah dan ada juga yang mempunyai diskaun sebanyak 3% sahaja.

Perjalanan antara IKEA Tebrau dan Causeway hanya 20km. Itu belum kira sesak jalan raya, duit minyak dan kenderaan pun kena besar untuk angkut balik apa-apa yang diborong lagi… Tak boleh minta khidmat penghantaran ke rumah tau!

Nasihat TehTarik? Selidik dahulu sebelum pergi. Senaraikan produk yang diminati dan periksa harga di Singapura. Bila pergi IKEA Tebrau, pandai-pandai lah pilih barang yang perlu dibeli dan jimat perbelanjaan. Kira-kira dan buat persiapan terlebih dahulu.

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments