Lebih 200 kes autisme baru setiap tahun di Singapura

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Tahukah anda bulan April adalah Bulan Kesedaran Autisme Sedunia? Di Singapura, sebanyak 50,000 daripada 5 juta rakyat Singapura mempunyai autisme.

 

Sumber gambar: autism.org.sg

 

Salah satu daripada mereka adalah anak Puan Syahidah, Syafi. Sebagai seorang ibu, Puan Syahidah mula membaca buku-buku tentang autisme untuk membimbingnya semasa membesarkan Syafi, terutama sekali untuk memahami sifat dan perangainya. Menurutnya, Unit Perkembangan Hospital Kandang Kerbau (KKH) telah memberinya beberapa alat untuk menolong Syafi. Dia juga telah mendapat seorang ahli terapi untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan Syafi.

Walaupun mencabar, Puan Syahidah dan keluarganya tidak berputus asa. Ada di kalangan orang ataupun sekolah-sekolah yang tidak dapat menerima anaknya disebabkan autisme. Tetapi Puan Syahidah terus bersikap positif, tabah dan bersabar. TehTarik amat kagum dengan ketabahan Puan Syahidah bila membaca kisahnya menerusi lelaman BabyBuys.

Untuk menggalak lebih ramai orang memahami tentang autisme, rancangan kanak-kanak, Sesame Street, telah mengenalkan watak terbaru mereka, Julia. Julia adalah seorang watak yang mempunyai autisme. Rancangan ini memperkenalkan Julia untuk menunjukkan tingkah laku dan perangai kanak-kanak apabila mereka bergaul dengan orang lain. Ini telah mendapat sambutan yang meriah dan ramai netizen menyokong tindakan yang diambil oleh Sesame Street.

 

Bagi TehTarik, kami juga menyokong watak baru Sesame Street, Julia. Ini dapat membantu orang ramai untuk lebih memahami atau mengenal pasti ciri-ciri autisme.

Jika anda mempunyai seorang anak atau mengenali seseorang yang mempunyai autisme dan memerlukan bantuan, anda boleh melungsuri lelaman autism.org.sg. Mereka sedia membantu dan membimbing anda.

 

Sumber: babybuys.com.sg dan vox.com

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments