Lebih 100 Tempat: 900 Rakyat Singapura Dapat Tunaikan Haji Tahun Ini

Hal Ehwal Teh-Kini

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim umumkan bahawa 900 jemaah Singapura boleh tunaikan ibadah haji tahun ini. Ini merupakan tambahan lebih 100 tempat berbanding musim sebelumnya. Kuota rasmi bagi jemaah Singapura tetap kekal pada 800.

 

Selain mengucapkan terima kasih kepada pihak Saudi yang menentukan kuota itu, Dr Yaacob Ibrahim juga menambah bahawa MUIS akan terus bekerjasama dengan pihak AMTAS untuk pastikan para jemaah memenuhi semua yang ditetapkan oleh pihak Saudi dan mengetahui bagaimana ibadah haji harus dijalankan pada tahun ini.

 

Kuota rasmi haji Singapura dinaikkan dari 680 hingga ke 800 orang sejak tahun lalu. Sejak 2012, pihak berkuasa Arab Saudi mengurangkan kuota jemaah haji tempatan dan luar negara kerana kerja-kerja naik taraf di Masjidil Haram, khususnya di kawasan Mataf.

 

Semua jemaah berdaftar yang layak mengisi tambahan 100 tempat tahun ini sudah dihubungi. Dr Yaacob berkata beliau akan terus berusaha untuk dapatkan lebih banyak kuota tambahan. Kerja-kerja pembinaan di Masjidil Haram masih berterusan dan rakyat Singapura dinasihatkan untuk bersabar dan terus mengharapkan peningkatan bagi kuota haji rasmi Singapura pada tahun-tahun akan datang.

 

Sumber: Berita Mediacorp

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments