Latihan Operasi Akan Dijalankan Di Pusat Pemeriksaan Woodlands Hari Khamis Ini

Hal Ehwal Teh-Kini

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) umumkan bahawa satu latihan operasi akan dijalankan di pusat pemeriksaan Woodlands pada awal hari Khamis ini (9 November) pada jam 1.30 pagi hingga 3 pagi.

 

Pegawai-pegawai ICA akan lakukan pemeriksaan keselamatan terperinci bagi beberapa pelawat dan kenderaan tertentu. Latihan operasi itu bertujuan untuk “uji dan sahkan rancangan dan prosedur kecemasan di pusat-pusat pemeriksaan”, menurut kenyataan medianya pada hari Selasa lalu.

 

ICA menasihatkan para pelawat di pusat pemeriksaan supaya jangan cemas. Petanda-petanda juga akan disediakan untuk beritahu para pelawat tentang latihan operasi itu. Tambah ICA lagi, “Kami minta pemahaman dan kerjasama para pelawat.”

 

 

Sumber: CNA

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments