Koleksi Raya Fatimah Mohsin Meraih Pelbagai Komen Daripada Rakyat Singapura dan Malaysia

Santai @ Teh Tarik

Setibanya waktu Syaaban dan Ramadan, pasti ramai akan membuat persiapan awal untuk Hari Raya. Salah satu daripadanya adalah untuk membeli baju baru. Namun sebegitu, salah satu koleksi raya daripada pereka fesyen Singapura, Fatimah Mohsin, telah menarik perhatian ramai.

Rekaan Fatimah Mohsin untuk koleksi Hari Raya telah menerima pelbagai komen dan reaksi oleh pengguna-pengguna media sosial kerana didapati melampau dan tidak bertutup aurat.

Gambar: Fatimah Mohsin The Wedding Gallery

 

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi pandangannya di lelaman media sosial tersebut tentang koleksi raya Fatimah Mohsin.

TehTarik juga telah mengumpul komen-komen berbeza daripada rakyat Singapura dan Malaysia tentang koleksi ini.

 

Rakyat Singapura:

 

Walaupun ada daripada rakyat Singapura yang kurang selesa dan tidak bersetuju dengan gabungan pakaian tradisional dan moden, masih yang ada juga di kalangan pengikut meluahkan keinginan untuk menempah baju kurung ini. Namun sebegitu, koleksi ini telah dikecam teruk oleh pengguna media sosial daripada Malaysia.

 

TehTarik amat hormati rekaan-rekaan kreatif oleh Fatimah Mohsin sepanjang kerjayanya. Namun, dengan reaksi orang ramai dengan koleksinya tahun ini, mungkin ada baiknya jika beliau pertimbangkan haluan kreativitinya dalam koleksi baju raya yang dipaparkan ini. Semoga tidak ada orang berasa kurang selesa atau kecam pereka fesyen dari negara kita, ya. Lagi pula, sambutan Syawal ini kan sambutan hari mulia…

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments