Klinik Bedok Berikan Preskripsi Salah Hampir Membawa Maut

Sembang-sembang je

Teh Tarik dikirimkan pautan ke kisah ini di GiveAsia hujung minggu lalu:

 

Seorang anak lelaki dibawa ke klinik YSL Bedok & Surgery pada 22 November dan diberi khidmat rawatan dari Dr Siew Man Gah. Anak itu juga dapat preskripsi ubat Fedac untuk batuknya. Setelah ibu bapa anak itu berikan ubat tersebut, anak lelaki mereka tidur dan tidak berjaga. Mengikut kisah yang dikongsi ibunya, Puan Belinda Lum, anak itu menjadi mangsa dos ubat berlebihan.

 

 

Menurut Puan Lum, doktor klinik itu telah berikan preskripsi sebanyak 10 ml ubat tiga kali sehari, empat kali ganda preskripsi biasa untuk kanak-kanak. Anak lelaki itu kemudian dikejarkan ke Hospital Gleneagle bahagian A&E. Doktor di hospital itu juga jelaskan dos ubat yang disarankan itu boleh membawa maut.

 

           

 

Apabila Puan Lum hubungi klinik tersebut, pekerja bertugas tidak minta maaf atas kesilapan itu dan tanya kembali, “Jadi apa yang anda mahu kita lakukan?” Apabila berbual semuka, doktor klinik itu beritahu Puan Lum bahawa kes seperti ini bukan kali pertama bagi mereka.

 

Sebelum ini, klinik itu pernah berikan preskripsi ubat dititikkan untuk telinga sebagai ubat yang sepatutnya dititikkan untuk mata seorang pesakit. Selain itu, mereka juga pernah silap dan berikan ubat rawatan kencing manis kepada seorang pesakit berusia 106 tahun yang menghadapi darah tinggi. Kejadian itu juga hampir membawa maut.

 

Puan Lum telah buat laporan kepada Majlis Perubatan Singapura (SMC) dan menurut Puan Lum, pihak SMC akan ambil masa sembilan bulan untuk siasat kes ini. TehTarik harap pihak berkuasa dapat dedahkan kisah penuh sebenar.

 

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments