Kini, adanya robot untuk perkhidmatan keselamatan

Hal Ehwal Teh-Kini, Sembang-sembang je

Adakah pekerjaan-pekerjaan Singapura akan diambil alih oleh robot-robot pada masa yang akan datang? Baru-baru ini, Syarikat Keselamatan Ademco telah melancarkan sebuah perkhidmatan iaitu menyewa robot-robot untuk membuat kerja rondaan dan menjaga keselamatan di tempat kerja.

Robot-robot ini tidak dikawal oleh alat berkawalan jauh, malah mereka berfungsi secara automatik. Mereka boleh mengesan, menyemak dan memberitahu pihak keselamatan jika ada pecah masuk ataupun beberapa isu keselamatan seperti kebakaran atau beg yang ditinggalkan.

Tetapi robot-robot ini hanya boleh menghantarkan amaran dan tidak boleh menghentikan sesiapa yang telah pecah masuk. Robot-robot ini juga tidak boleh digunakan di kawasan yang mempunyai ramai orang. Tempat-tempat yang sesuai untuk mereka adalah kawasan yang besar atau kawasan yang mempunyai pengawasan yang ketat.

Sekadar ini, Encik Toby Koh, pengarah pengurusan berkumpulan untuk Ademco, telah menyatakan bahawa tiga syarikat telah berminat untuk menggunakan robot-robot ini untuk mengetatkan lagi sistem keselamatan mereka.

Ini baru di tempat kerja… Siapa tahu, ada robot untuk menjaga rumah kita di masa hadapan?

 

Sumber: TodayOnline

 

This article is written by our writer. Feel free to share. 

Comments